Buletin

BMW GUNA NAJIS LEMBU CAS EV. BAGI UDARA LAGI BERSIH, MELESTARI ALAM SEKITAR

BMW memperluas kolaborasi bersama ladang tenusu sebagai sebahagian usaha projek tenaga boleh diperbaharui dalam melestari alam sekitar.

Pengeluar kenderaan itu akan bergandingan dengan California Bioenergy (CalBio) untuk menjana kuasa elektrik bagi kegunaan kenderaan elektrik (EV).

Jenama berkenaan akan bekerjasama dengan Bar 20 Diary dalam pembangunan teknologi tenusu pintar iklim generasi masa hadapan.

Teknologi tersebut berupaya merubah metana daripada baja dan menukar menjadi elektrik malah membantu mengurangkan pengeluaran metana.

Gabungan tenaga yang terhasil mampu mengurangkan pengeluaran emisi bersamaan dengan menjana 17,000 EV setahun.

Teknologi sel bahan api Bar 20 Dairy sangat unik kerana berupaya menghasilkan elektrik boleh diperbaharui on-site.

Sistem berkenaan mampu menjana elektrik dua kali ganda berbanding generator konvensional dengan kuantiti jumlah biogas yang sama.

Bahkan, ia dianggap sebagai salah satu sumber tenaga paling bersih.

Selain memberi manfaat kepada alam sekitar, projek terbabit juga merupakan sumber pendapatan kepada para peladang.

Ia turut membenarkan BMW menjana kredit alam sekitar. – carscoops

Google ads
Back to top button