Buletin

AXIA TERBALIK LANGGAR 2 EKOR LEMBU

Pemandu Perodua Axia berdepan detik cemas apabila kereta dipandunya terlanggar dua ekor lembu di Jalan Pamalan berhampiran Lembaga Getah Malaysia (LGM), Keningau, Sabah.

Dalam kejadian 5.30 pagi itu, kereta dipandu lelaki berusia 37 tahun terbabit turut terbalik akibat kemalangan berkenaan.

Difahamkan, kemalangan itu juga mengakibatkan kedua-dua ekor haiwan berkenaan mati di tempat kejadian.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.43 pagi sebelum sepasukan 11 anggota bersama jentera dihantar ke lokasi kejadian.

“Sebaik tiba, mangsa sudah keluar dari kenderaannya dan tidak mengalami kecederaan. Anggota bomba kemudian membuka kepala bateri kereta sebagai langkah keselamatan,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, anggota bomba turut membuat pemeriksaan lanjut sebelum operasi ditamatkan pada 6.22 pagi. –HM

Google ads
Back to top button