Artikel Pilihan

PELANCARAN ALZA BARU D27A DITUNDA? INI SEBABNYA

Selepas 12 tahun bermaharajalela di pasaran MPV kompak segmen B, Perodua Alza yang mula dikeluarkan pada tahun 2009 akan ditamatkan pengeluarannya pada bulan Januari 2022. Apa yang menghairankan ialah, walaupun telah berada lama di pasaran dan diasak dengan model SUV/crossover, ia masih mampu terjual 1500 unit sebulan

Disebabkan Daihatsu tidak lagi menghasilkan model ini, maka pengganti baru Alza sukar dicari sehinggalah Daihatsu dan Toyota menyeragamkan pengeluaran bagi menggantikan model Toyota Avanza dan Daihatsu Xenia. Berbeza dengan Alza, Avanza/Xenia merupakan pacuan belakang dengan cesi hibrid monocoque dan ladder frame.

Menyedari pasaran MPV kompak amat penting bagi pasaran Asia Tenggara termasuklah Malaysia, Indonesia dan Thailand, maka Daihatsu dan Toyota menghasilkan Avanza/Xenia dengan menggunakan cesi Daihatsu New Global Architecture khusus dengan pacuan depan. Model ini juga disebut-sebut sebagai model pengganti kepada Perodua Alza.

Disebabkan model Alza yang ada sekarang bakal ditamatkan pengeluaran menjelang bulan Januari 2022, maka pengganti Alza baru dengan kod D27A dikhabarkan bakal dikeluarkan dalam bulan Januari 2022 juga nanti. Tapi bagi mengecewakan anda yang sudah lama menanti dan juga Abam Japar selaku Duta Alza ini ada berita yang kurang baik

Pengeluaran dan pelancaran Perodua Alza D27A mungkin akan ditunda sehingga bulan Mei 2022 menurut jiran Abam Japar yang mendengar berita ini daripada Makcik Kantin di kilang Perodua. Salah satu sebab utama ialah masalah “supply chain” yang berkaitan dengan pengeluaran cip komputer yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Tapi untuk pembeli yang masih mahukan sebuah MPV kompak 7 tempat duduk dengan segera, anda masih boleh membeli Alza yang ada sekarang selagi stok masih ada. Ataupun jika ada peruntukan kewangan yang lebih, teruskan saja membeli Perodua Aruz yang lebih moden, selesa dan canggih.

Google ads
Back to top button