Buletin

PELANCARAN PROTON X70 PADA 12 DISEMBER 2018 – MAAF. IA PALSU

Hari ini tersebar di media sosial imej digital jemputan khas majlis pelancaran Proton X70 yang dijadual pada 12 Disember 2018. Kami dimaklumkan imej yang lengkap dengan latar belakang bayangan X70 itu diperoleh menerusi email dan juga perbualan whatsapp sejak semalam.

Proton Holdings bagaimanapun dalam satu entri di laman facebook rasmi mereka bagaimanapun mengesahkan bahawa jemputan tersebut adalah palsu.

Proton belum lagi mengedarkan jemputan pelancaran model ini malah, tarikh pelancarannya juga belum ditentukan lagi.

Kepada yang cukup rajin dan kreatif membuat grafik ini bagaimanapun kami ucapkan syabas. Kerana sebagai pihak media, kami adalah antara orang terawal yang akan dimaklumkan dengan jemputan sedemikian.

OK. cuba lagi!

Google ads
Back to top button