
PELANGGAN AKUI PETRON BLAZE 100 MEMANG POWER. LEBIH JIMAT UNTUK JARAK JAUH
Petron Blaze 100 merupakana petrol RON100 pertama dan satu-satunya di Malaysia yang telah diuji tahap kuasa, kecekapan enjin dan penggunaan bahan api oleh pemandu di Malaysia dengan menggunakan pelbagai jenis kenderaan.
Manfaat utama yang dinyatakan oleh pelanggan ialah keupayaan tindak balas yang pantas. Di samping penjimatan bahan api dan pemanduan yang lancar untuk perjalanan jarak jauh.
“Ia lebih berkuasa kerana ia memberi daya pecutan yang lebih baik. Enjin saya bertindak lebih responsif dengan RON 100 dan kebolehan memecut yang lebih pantas. Anda boleh merasai perbezaannya apabila melakukan pemintasan,” kata Daniel Chin Wei Xiong yang menguji Petron Blaze 100 pada kereta Nissan GT-R miliknya.
Pemilik Volkswagen Golf, Lim Jae Sam bersetuju. “Bahan api ini memberikan saya peningkatan kuasa dan daya pecutan yang responsif.”

Penunggang Yamaha MT-09, Tan Meng Keat berkata, “Saya benar-benar merasakan kuasanya dan daya pecutan yang bertambah apabila saya memulas pendikit. Tindak balasnya serta-merta. Saya hanya perlu 6 saat sahaja untuk bergerak dari 50km/j ke 100km/j.”
Petron Malaysia melancarkan bahan api ini pada tahun 2016. Blaze 100 dilihat sebagai pilihan tepat untuk pengguna yang mahukan bahan api yang mampu memberi pengalaman pemanduan berprestasi tinggi yang menarik, terutama untuk perjalanan jarak jauh.
Petron telah melabur dalam formulasi premium untuk menambahbaik aspek perlindungan enjin, memberi lebih kilometer dan penjimatan.
Dengan formulasi unggul TriAction Advantage, gabungan detergen sintetik penuh, bahan penambah baik pembakaran organik dan bahan pengubahsuai geseran, proses pembakaran bahan api kini bertindak lebih efisyen.
“Berikutan permintaan yang semakin tinggi untuk Blaze 100, kami telah memperkenalkan Blaze 100 di lebih 100 stesen pada hari ini. Ini adalah untuk memastikan lebih ramai pengguna mendapat peluang untuk menikmati kehebatan bahan api ini,” kata Ketua Dagangan Runcit dan Perniagaan Komersial Petron Malaysia, Choong Kum Choy.