PETRON MALAYSIA KERJASAMA DENGAN JPJ, PDRM, LANCAR KEMPEN KESELAMATAN JALAN RAYA
Sempena Hari Raya Aidilfitri yang bakal menjelang tiba tak lama lagi, sudah tentu orang ramai mengambil kesempatan untuk pulang ke kampung halaman.
Bagi memastikan perjalanan yang lebih lancar, Petron Malaysia telah menjalin kerjasama dengan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Applecrumby®, NESQ, Farm Fresh, dan snskidz di dalam usaha untuk menggalakkan kesedaran keselamatan jalan raya di stesen minyak Petron terpilih.
“Kami berharap dengan menekankan langkah-langkah keselamatan yang penting seperti mengambil rehat mencukupi semasa memandu jauh, dapat mengelakkan lebih banyak kemalangan jalan raya,” kata Ketua Perniagaan Runcit di Petron Malaysia, Shaliza Mohd Sidek.
Kempen Keselamatan Jalan Raya yang julung kalinya di Petron MRR2 Safari itu adalah komitmen padu kerajaan dalam mengutamakan keselamatan jalan raya.
Petron Malaysia turut menjalankan pengaktifan aktiviti yang sama secara serentak di dua buah stesen minyak Petron yang lain, iaitu di Petron Bukit Lanjan Arah Utara dan Petron Sg. Besi Tol Arah Selatan, bagi meliputi trafik ke arah utara dan selatan.
Selain itu, Petron turut sama menyumbang lebih daripada 100 pek 1 liter minyak hitam motosikal Petron kepada pelanggan Petron P-Miles di ketiga-tiga stesen minyak.
Di majlis pelancaran kempen berkenaan, JPJjuga menyumbangkan topi keledar motosikal kepada kanak-kanak terpilih dari kawasan kejiranan sementara, snskidz pula bekerjasama dengan MIROS (Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia) serta Child Occupant Safety Instructor (COSI) bagi menjalankan pemeriksaan kerusi keselamatan kanak-kanak secara percuma.
Manakala jenama NESQ memberikan sampel Kopi Kelasik secara percuma kepada 20 pelanggan terawal, dengan menggunakan pemegang cawan kertas mesra alam Go-To-Safety-Point (GTSP) Petron yang bertemakan mural keselamatan tentang pentingnya penggunaan topi keledar keselamatan kanak-kanak.
Farm Fresh pula tidak ketinggalan menyumbangkan dua produk susu popular mereka iaitu Yarra by Farm Fresh, susu UHT serta serbuk Farm Fresh Grow dalam uncang 30g untuk kemudahan keluarga yang balik ke kampung bersama anak kecil.
Turut terlibat adalah Applecrumby®, menyediakan sampel pek lampin PureBasics untuk 500 pelanggan terawal di ketiga-tiga stesen minyak Petron, iaitu Petron MRR2 Safari, Petron Bukit Lanjan Arah Utara, dan Petron Sg. Tol Besi Arah Selatan.
Selain penyertaaan Applecrumby ® dalam pelancaran Program Keselamatan Jalan Raya Hari Raya, mereka juga menawarkan ‘GWP’ (Gift With Purchase) yang menarik iaitu patung ‘Unicorn’ secara PERCUMA bagi setiap perbelanjaan sebanyak RM150 dalam satu resit untuk pembelian produk Applecrumby®, sama ada secara dalam talian atau di luar talian.
Menurutnya, Tawaran ini hanya terhad kepada 50 pelanggan terawal dan penebusan patung ini adalah secara fizikal di Petron MRR2 Safari.
Pelanggan juga boleh menikmati tawaran hebat ‘Cash and Carry’ Applecrumby® dan promosi hebat yang lain bersempena dengan tarikh 4.4 di reruai fizikal mereka.
Dengan komitmennya untuk memastikan keselamatan dan kesejahteraan pelanggan serta komunitinya, Petron akan terus menggunakan jangkauannya yang luas bagi membawa kesedaran keselamatan jalan raya kepada orang ramai.