Buletin

PELUANG TERAKHIR BELI RENAULT CAPTUR RM98,000

TC Euro Cars, pemegang francais tunggal kenderaan Renault di Malaysia baru-baru ini mengumumkan bahawa berikutan maklum balas yang memberangsangkan, masih tinggal beberapa unit terhad Renault Captur yang ditawarkan pada harga pengenalan istimewa iaitu RM98,000 seunit.

Mereka yang sedang merancang untuk membeli sebuah kenderaan baharu tidak harus melepaskan peluang tawaran hebat ke atas crossover urban kompak Captur ini. Ia merupakan model terlaris dalam segmennya di Eropah dan menjadi model Renault yang paling diminati di peringkat global.

Tawaran terhad dengan rebat sebanyak RM11,000 daripada harga asalnya iaitu RM109,000 diumumkan buat pertama kalinya sempena kebolehdapatan Renault Captur yang dipasang tempatan.

Ia menawarkan nilai kepada wang yang lebih baik kerana Captur diiktiraf sebagai sebuah EEV (Kenderaan Cekap Tenaga). Pada masa yang sama mengekalkan spesifikasi dan ciri seperti versi import sepenuhnya.

Prestasi

Dibina berasaskan kepada platform sama dengan Renault Clio, Captur sememangnya menjanjikan dinamik pemanduan yang luar biasa. Daripada maklum balas enjin, hinggalah kemantapan di atas jalan raya dan pengendalian lincah.

Crossover ini menampilkan enjin Turbo Control Efficiency atau TCe 120. Enjin bersesaran kecil ini hadir dengan satu unit pengecas turbo untuk menawarkan prestasi seperti sebuah enjin 1.8L tradisional.

Dipadankan dengan transmisi klac berkembar enam kelajuan Efficient Dual Clutch (EDC) yang menjanjikan penukaran gear pantas dan lancar, Renault Captur menawarkan kuasa maksimum 120 PS pada 4,900rpm dan tork 190Nm yang boleh diperoleh dari rpm serendah 2,000. Captur juga menawarkan penjimatan bahan api sehingga 5.4L/100km. Dengan menggunakan mode ECO pada Captur, penjimatan bahan api sehingga 10 peratus dapat dicapai.

Renault Captur juga tampil dengan ciri dan keselesaan yang boleh dijangka pada sebuah MPV. Misalnya posisi pemanduan yang tinggi, but luas, ruang dalaman modular dan penyelesaian tempat penyimpanan barang inovatif.

Renault Captur pemasangan tempatan ini hadir dalam empat pilihan warna dua tona yag cukup bergaya. Empat pilihan warna itu ialah:

  • Merah, Flame Red (badan) / hitam, Diamond Black (bumbung), dengan tambahan  RM900, merangkumi plat bahagian kaki Captur dan bekas mengisi barang di dalam but
  • Oren, Arizona Orange (badan) / hitam, Diamond Black (bumbung)
  • Biru, Pacific Blue (badan) / hitam, Ivory (bumbung)
  • Putih, Ivory (badan) / Hitam, Diamond Black (bumbung)

Keselamatan 

  • Empat beg udara bercekapan tinggi. Dua beg udara hadapan untuk pemandu dan penumpang, selain beg udara sisi kepala dan toraks
  • Cagak tempat duduk kanak-kanak ISOFIX tiga poin pada dua kerusi belakang dan empat poin cagak tali pinggang keledar yang telah dihomologasi
  • Electronic Stability Control (ESC) dengan Roll Movement Intervention. Ciri ini berfungsi dalam situasi ekstrem, jika sudut olengan tubuh kenderaan menjadi bahaya. Brek akan bertindak ke atas satu atau beberapa buah tayar untuk memastikan kenderaan sentiasa stabil.
  • Hill Start Assist menghalang kenderaan daripada terundur ke belakang apabila pemandu melepaskan brek dengan cara memastikan kereta tidak bergerak.
  • ABS dan Emergency Brake Assist
  • Alat pengesan parkir dengan kamera undur
  • Lampu utama dan alat pengesan hujan automatik
  • Posisi pemanduan yang tinggi dan tempat duduk pemandu yang boleh dilaras sehingga 70mm. Jadi, semua pemandu pelbagai saiz boleh mendapatkan posisi pemanduan yang selesa dan selamat

Ciri-ciri Inovatif untuk Keselesaan dan Kemudahan 

  • Pelapik tempat duduk berzip bersama corak jahitan bergaya yang boleh dibuka untuk dibasuh dengan mudah.
  • MediaNav dengan skrin sentuh 7”, AUX, USB, Bluetooth, Navigasi
  • Kemasukan dan menghidupkan enjin tanpa kunci
  • Lantai but multi-posisi yang boleh dibuka dan diterbalikkan, sebelah plastik dan sebelah lagi karpet
  • Ruang but yang luas mencecah 377 liter, boleh ditingkatkan menjadi 455 liter dengan cara menolak dan melipat tempat duduk belakang, konfigurasi 60:40
  • Satu ruang penyimpanan barang diisediakan pada bahagian atas papan pemuka
  • Ruang pada panel pintu hadapan boleh menempatkan botol minuman 1.5 liter
  • Dua tempat penyimpanan barang diletakkan di bahagian bawah karpet but di sebelah tayar simpanan yang menjimatkan ruang

Sama seperti semua kenderaan Renault, Captur pemasangan tempatan hadir dengan jaminan pengilang selama lima tahun tanpa had perbatuan. Jaminan ini disokong sepenuhnya oleh Renault dan bukannya mana-mana syarikat insurans. Jadi, alat ganti, terma dan syarat yang dilindungi adalah konsisten bermula tahun pertama pemilikan sehinggalah tempoh jaminan itu tamat.

Maklumat lanjut mengenai Renault di Malaysia, sila layari laman web www.renault.com.my atau www.facebook.com/RenaultMalaysia.

Google ads
Back to top button