Motosikal

SIRI JELAJAH SHELL ADVANCE TAWAR HADIAH MENARIK – TIKET MOTOGP, TOPI KELEDAR SHARK 

Berita baik untuk pemilik motosikal di seluruh negara. Shell Advance, jenama minyak enjin motosikal terkemuka akan mengadakan siri jelajah ke Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak selama 4 bulan mulai 7 Julai hingga 29 Oktober 2017. 

Program itu menandakan bermulanya kempen jenama baru Shell Advance bertema ‘Redah Segalanya’. Ia akan diadakan di lokasi tumpuan penunggang seperti bengkel motosikal, pusat membeli-belah dan pasaraya.

Pelbagai aktiviti menyeronokkan, termasuklah tiket ke MotoGP™ Shell Malaysia 2017, menanti para pengunjung di setiap lokasi. Untuk senarai lengkap lokasi, sila layari laman  www.shell.com.my/advanceroadshow.

Siri jelajah tersebut membawakan cabaran khas ‘elbow down’. Pengunjung boleh bergambar dengan menampilkan pelbagai gaya di atas motosikal berkuasa tinggi, kemudian muat naik foto tersebut ke media sosial bagi melayakkan mereka mencuba nasib di ‘putaran nasib’ Shell Advance untuk memenangi hadiah segera.

Pelanggan yang membeli mana-mana produk Shell Advance juga layak untuk menyertai cabaran ujian masa simulator motosikal. Sepuluh peserta dengan masa terbaik di setiap lokasi akan memenangi dua tiket ke MotoGP.

Mereka yang membeli mana-mana produk Shell Advance Ultra, AX 7 dan AX 5 pula layak menyertai peraduan dan berpeluang untuk memenangi topi keledar Shark berharga RM1,250.

Program latihan khas mekanik motosikal 

Siri jelajah Shell Advance kali ini dirancang untuk meningkatkan kemahiran mekanik. Selain memberi insentif kepada mereka yang komited untuk menajamkan skil masing-masing.

Mekanik profesional dari bengkel rakan Shell Advance akan memberi latihan secara langsung di lokasi-lokasi terpilih. Latihan itu merupakan sebahagian daripada siri Masterclass Shell Advance untuk memberi tunjuk ajar mengenai cara-cara untuk menyelenggarakan sembilan komponen utama motosikal dengan betul.

Mekanik berdaftar yang berjaya menghabiskan semua lapan modul menjelang 30 September 2017 akan diberi dua tiket ke MotoGP dan sijil dari Shell Malaysia.

Pengurus Pemasaran Shell Lubricants – Malaysia dan Singapura, Alex Lim memberitahu pihaknya merancang untuk membantu mempertingkatkan kemahiran hampir 2,400 orang mekanik. Kebanyakan mekanik tersebut memperoleh kemahiran mereka dengan cara belajar sendiri atau semasa bekerja.

“Hasilnya, para penunggang akan dapat menikmati perkhidmatan yang lebih baik. Pemilik bengkel boleh mengembangkan perniagaan dan mekanik pula akan lebih maju dalam kerjaya mereka,” kata Alex.

Maklumat lanjut mengenai produk Shell Advance, sila layari laman web:  www.shell.com.my/advanceroadshow.

Tags
Google ads
Back to top button