Artikel PilihanBuletin

PEMANDU CALIFORNIA BAKAL TERIMA KAD DEBIT BERNILAI USD800 BAGI TANGANI KENAIKAN HARGA BAHAN API MELAMPAU

Kenaikan harga bahan api global menyaksikan kenaikan mendadak harga runcit bahan api di stesen-stesen minyak di seluruh dunia. Tengok sajalah harga runcit Ron97 yang kini telah mencecah paras RM4 seliter menjadikannya antara tertinggi dalam sejarah. Itu baru di bumi bertuah Malaysia ni.

Lain pula ceritanya di negara Pakcik Sam, Amerika Syarikat. Harga di sana untuk seliter petrol jauh lebih tinggi dan berada di carta teratas ialah California dengan harga seliter petrol RM24.88! Lebih sepuluh kali ganda berbanding harga Ron95 di Malaysia kan? Kalau tak suka lagi tinggal kat negara sila pindah, katanya seorang menteri polan satu ketika dulu.

Tapi kita kena ingat, perancangan negara maju ni lain sikit. Antara langkah drastik yang diambil kerana di sana khususnya California ialah mereka bakal memberikan kad-kad debit untuk semua pemandu berdaftar dengan setiap satunya bernilai USD800 (lebih kurang RM3,368). Fuh banyak tu. Negara korang hado?

Untuk melayakkan pemandu mendapat kad debit ini mereka mesti mempunyai kenderaan yang didaftarkan di California. Daftar kat Labuan atau Langkawi tak boleh la ni. Lagi best setiap individu boleh dapat rebat ni untuk dua buah kereta. Jadi kena bagi dua la USD400 untuk sebuah kereta. Okey la kan?

Tapi kad ini kemungkinan hanya akan dapat diedarkan pada Julai ini dengan kos sebanyak USD9 billion yang akan ditanggung oleh kerajaan Caifornia. Bukan itu sahaja, Gabenor California turut menyatakan yang mereka kan menunda kenaikan cukai gasoline dan disel sehingga ke satu masa yang sesuai walaupun mereka akan menanggung kerugian sehingga USD1 billion.

Bantuan ini bukan hanya untuk pemandu tetapi juga disasarkan kepada pengguna pengangkutan awam di sana. Sejumlah USD750 juta lagi diperuntukkan untuk menyokong rangkaian bas dan rel sekaligus membolehkan pengguna menikmati perkhidmatan ini secara percuma selama 3 bulan! Percumalah Pak Jabit! Faedah ini akan dinikmati oleh hampir 3 juta warga California yang menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam setiap hari.

Menariknya bukan hanya California yang mengambil langkah proaktif seperti ini. Seorang lagi wakil rakyat di sana, Mike Thompson mencadang awal bulan ini agar setiap pemandu di sana diberikan bantuan USD100 seorang setiap bulan jika harga bahan api berada pada paras melebihi USD4.00 seliter.

Nampak tak cara wakil rakyat yang bekerja untuk rakyat dan wakil rakyat yang bekerja untuk bekal pencen. Bila pilihanraya umum eh? Undilah parti Mekanika untuk kesejahteraan poket kami.

Google ads
Back to top button