Buletin

DISAMAN KERANA MENYANYI DALAM KERETA – PELIK TAPI BENAR

Ini kisah di Kanada di mana seorang lelaki bernama Taoufik Moalla, 38, telah disaman oleh pihak polis di sana kerana menyanyi di dalam kereta. Taoufiq menegaskan yang pihak polis Montreal tidak berhak menghalangnya menyanyi di dalam kereta sendiri mengikut alunan lagu kesukaan beliau.

Moalla, ayah kepada dua orang anak berada hanya beberapa meter dari kediaman beliau di St. Laurent pada 27 September lepas sewaktu kejadian. Beliau berkata sewaktu beliau sedang menyanyi mengikut alunan lagu dari pemain audio kereta beliau ternampak lampu amaran kereta peronda polis sebelum diarahkan berhenti.

Sewaktu kejadian, beliau dalam perjalanan ke pasaraya untuk mendapatkan air minuman. Empat pegawai polis kemudian keluar dan meminta Moalla mengeluarkan lesen memandu dan kad pendaftaran kenderaan.

BACA: CERITA DARI NEGARA TETANGGA – GABENOR JAKARTA, ANIES BASWEDAN DAN WAKIL-WAKIL RAKYAT DILARANG MENGGUNAKAN LAMPU MATA ARAH.

Beliau bertanya sebab beliau ditahan dan seorang dari pegawai polis terbabit bertanya adakah beliau sedang menjerit. Beliau menafikannya dan menyatakan yang beliau cuma menyanyi. Ia sebuah lagu berentak rancak tetapi tidak cukup kuat untuk mengganggu orang ramai.

Beberapa minit kemudian, pegawai terbabit memberikan kembali kad pendaftaran dan lesen memandu bersama-sama dengan sekeping saman bernilai USD149. Kesalahan yang dinyatakan ialah “Menjerit di tempat awam”.

Moalla menegaskan yang setahu beliau dan kami sendiri pun, kereta persendirian bukanlah tempat awam. Bahkan ia tiada sangkut paut dengan peraturan trafik. Ia sesuatu yang pelik kerana menurut Moalla beliau tidak menjerit tetapi menyanyi di dalam kereta beliau sendiri.

Moalla mahukan perbicaraan untuk mencabar sama tersebut. Pihak polis Montreal pula tidak mahu memberikan sebarang komen mengenai perkara tersebut.

Harap-harap jangan la ada yang kena saman dengan sebab yang sama di Malaysia ni. Kes naya nih.

Apakah lagu yang dinyanyikan oleh mamat ni sebenarnya? Ia merupakan satu lagu rancak tahun 90-an zaman Abang Japar muda-muda dulu yang bertajuk “Gonna Make You Sweat – Everybody Dance Now oleh C+C Music Factory. Best lagu ni, hilang mengantuk kalau dengar masa tengah drive. Nak dengar cuba cari sendiri dalam Youtube okey.

 

Google ads
Back to top button