Artikel Pilihan

JEEP DEDAHKAN ENJIN 3.0 TURBO BARU, 500 KUASA KUDA DAN 780NM TORK

Tidak sampai 24 jam Jeep secara tidak sengaja mendedahkan enjin baru yang bakal dikeluarkan oleh mereka, Jeep membuat keputusan mengesahkan bahawa berita berkenaan enjin 6 silinder petrol tersebut adalah benar. Enjin ini bakal dipasarkan untuk model terbaru mereka iaitu Jeep Hurricane.

Rekaan enjin ini adalah untuk menyamai kuasa yang dihasilkan oleh enjin V8 yang lebih besar tapi kurang efisyen yang banyak digunakan oleh Jeep sebelum ini. Enjin 6 silinder sebaris ini dikatakan menawarkan 15% penjimatan bahan api berbanding dengan enjin V8 serta ditawarkan dalam 2 varian kuasa

Dalam varian pertama, enjin 3000cc ini akan menghasilkan sekitar 400 kuasa kuda dan 610Nm tork, direka khusus bagi aplikasi penjimatan bahan api dengan penggunaan EGR (gas ekzos dikitar semula dan disejukkan). Varian kedua pula menawarkan 500 kuasa kuda dan 780Nm tork bagi kegunaan menunda beban berat

Blok enjin ini dihasilkan daripada aluminium tuang sepenuhnya, dan dipadankan dengan 2 unit turbo inertia rendah dan aliran tinggi. Setiap unit turbo akan digunakan untuk membekalkan udara pada setiap 3 silinder. Petrol akan dihantar ke silinder dengan menggunakan sistem bahan api suntikan terus tekanan tinggi

Bagi varian biasa ia akan menggunakan 1 unit pam petrol dan varian 500 kuasa kuda akan menggunakan 2 pam petrol yang dipacu dengan rantai daripada enjin. Bagi mengurangkan pelepasan asap semua varian enjin akan dipasang dengan sistem Start/Stop

Jeep mendakwa enjin 6 silinder sebaris terbaru mereka menawarkan julat tork yang lebih baik, iaitu 90% kuasa enjin akan dihasilkan pada 2350 RPM sehinggalah ke 6100 RPM. Enjin ini juga direka agar bersedia dengan teknologi elektrifikasi bagi memudahkan integrasi dengan sistem hibrid.

Antara ciri-ciri menarik enjin ini ialah:

1. Menggunakan aci sesondol DOHC, diameter piston ialah 84mm manakala lejang pula ialah 90mm menjadikan enjin ini dikategorikan sebagai undersquare

2. Blok dan kepala silinder dibuat daripada aluminium. Bahagaian silinder dalam dilapisi dengan keluli menggunakan kaedah plasma transfer wire arc

3. Saiz diameter silinder, saiz lejang dan pemasangan 2 turbo adalah sama dengan kaedah pembuatan enjin BMW S58 3.0 6 silinder sebaris. Enjin ini ditawarkan dalam Standard Output (SO) 400 kuasa kuda dan High Output (HO) 500 kuasa kuda.

4. Varian SO menggunakan nisbah mampatan 10.4:1 dengan tekanan boost 22.4 PSI, dengan intercooler sejukan cecair ke udara. Unit SO akan dihadkan kepada 5800 RPM, boleh menggunakan RON 87 tapi Jeep mencadangkan penggunaan RON 91 bagi mengelakkan masalah ketukan

5. Unit HO pula menawarkan kuasa yang setara dengan BMW M, menggunakan nisbah yang lebih rendah pada 9.5:1 tapi dengan tekanan 26 PSI serta turbo yang lebih besar. Unit ini menggunakan rekaan kepala silinder yang lebih baik, aci engkol lebih kuat, dan intercooler lebih besar

Unit HO juga menampilkan piston aluminium dihasilkan dengan keadah tempaan (forging), berupaya beroperasi pada 6100 RPM dan memerlukan RON 91 untuk beroperasi

6. Berat keseluruhan unit SO adalah sekitar 195kg sahaja manakala berat unit HO adalah sekitar 200kg. Ini membuktikan enjin baru ini jauh lebih ringan daripada enjin Hemi V8 5700cc yang digunakan oleh Jeep

Google ads
Back to top button