Buletin

PEMANDU INI TERTANGKAP DI KERUSI PENUMPANG, DENGAN AUTOPILOT ON

Memandu bukanlah benda yang seronok, apa lagi bagi perjalanan jauh dan juga kawasan bandar yang sesak. Ia memberi tekanan. Sebab itu jugalah teknologi autopilot dibangunkan untuk mengambil alih tugas manusia di atas jalanraya satu hari nanti.

Teknologi auto pilot ini masih lagi berada pada tahap tertentu (disebut autopilot level) dan belum ada satu pun pengeluar kereta yang menjamin kereta autonomous 100 peratus. Ia masih perlukan manusia kerana sistem ini belum sempurna 100 peratus.

Antara pengeluar yang hampir mencapai tahap sempurna auto-pilot ialah Tesla. Ia dibangunkan seiring dengn teknologi EV dengan harapan satu hari nanti, manusia tidak perlu lagi memegang stereng kereta. Buat masa ini, Model S merintis kearah tujuan tersebut, namun ia masih perlu dipandu manusia dengan mod auto-pilot ini sebagai pilihan.

BACA: KEMATIAN PERTAMA AUTOPILOT TESLA MODEL S

Pun begitu, masih ada manusia yang cuba melupakan interaksi ini. Bhavesh Patel dari UK telah tertangkap kerana memandu auto-pilot 100 peratus. Ia tidak salah, yang menjadi kesalahan ialah bila beliau duduk di kerusi penumpang dan membiarkan bahagian pemandu kosong-dipandu auto sepenuhnya.

Kejadian tersebut berlaku pada bulan Mei tahun lepas. Lelaki berusia 39 tahun itu menetapkan mod auto-pilot pada Tesla Model S dan kemudian beliau beralih ke kedudukan penumpang hadapan. 

Nasibnya tak baik bila ada seorang pemandu lain melihatnya di atas lebuhraya dan merakam aksi tersebut. Di katakan, Patel pada ketika itu sedang bergerak pada kelajuan 65km/j.

Bercakap di mahkamah Saint Alban Crown, Patel mendakwa beliau “tak bertuah” kerana tertangkap ketika menggunakan teknologi yang “menakjubkan” dari Tesla.

Di Mahkamah, Tesla memberitahu, pemandu mesti sentiasa bersedia mengambilalih daripada Autopilot ketika diperlukan. 

“Pemandu tidak boleh bergantung 100 pertuas pada TACC (Traffic-Aware Cruise Control). Kegagalan berbuat demikian mungkin menyebabkan kemalangan atau kematian”

Patel dihukum gantung lesen memandu selama 18 bulan termasuk melakukan kerja-kerja komuniti selama 100 jam dan denda kira-kira RM10,000.

Google ads
Back to top button