
DAINESE & PAGANI JALIN KERJASAMA HASILKAN BUMBUNG HUAYRA ROADSTER
Dainese dan Pagani dilapor menjalin kerjasama untuk menghasilkan produk buat pertama kalinya.
Pengeluar kelengkapan penunggang motosikal itu menawarkan jabatan R&D untuk kegunaan Pagani. Ia kini usaha untuk mengenal pasti dan menghasilkan material fabrik dan komponen struktur bagoi bumbung soft top model-model Roaster Pagani.
Perkongsian kepakaran di antara kedua-dua buah syarika itu membolehkan mereka membangunkan satu penyelesaian teknikal yang sofistikated.
BACA: DAINESE PERKENAL PAKAIAN DALAM
Diinspirasikan daripada pesawat terbang yang direka untuk Da Vinci, Ornitottero dan digabungkan dengan kejuruteraan kontemporari, bumbung lembut itu merupakan hasil kombinasi komponen dalam gentian karbon modular regangan tinggi (High Elastic Modulus Carbon Fiber) yang dibangunkan oleh Pagani.
Bumbung itu juga menggunakan sendi-sendi bilah titanium da aluminium yang kemudian dipasang pada fabrik kalis air yang dibangunkan oleh Dainese.
Apabila bumbung ditutup, kawasan lipatan yang telah ditentukan lebih awal membolehkan fabrik dilipat dengan sempurna seperti origami. Sistem itu juga memastikan fabrik dapat bertahan dalam tempoh yang lama dan mengurangkan ruang penyimpanan.
“Menghasilkan bumbung untuk Hyuara Roaster sememangnya sangat mencabar. Bumbung itu mestilah tidak terlalu besar, ringan dan tahan lasak,” kata Ketua Pereka Bentuk Pagani Automobili, Horacio Pagani.