Artikel Pilihan

PEMANDU MAZDA ELAK BAYAR TOL CECAH USD57,000 DITAHAN DALAM OPERASI – INGAT MALAYSIA JE ADA SPESIS NI

Pihak berkuasa pengangkutan metropolitan New York (MTA) telah mengumumkan yang mereka berjaya menahan 21 pemandu yang culas dan engkar membayar tol yang mengakibatkan kerugian yang mencecah USD400,000 pada 11 Januari lepas. Fuh, mahal betul tol kat sana.

Antara yang ditahan MTA ialah sebuah Mazda CX-5 yang mempunyai tunggakan tol yang bernilai USD57,000 (dah dekat dengan RM250,000 tu boh). Pemilik dikatakan gagal membayar tol sebanyak 500 kali sejak bulan Mei 2021. Mak kau hijaulah sampai 500 kali. Nasib baik bukan Miata.

Pemandu CX-5 tersebut mengatakan yang beliau tidak menyedari mempunyai tunggakan tol tapi selepas diperiksa ternyata terdapat seberkas sampul surat berwarna oren dengan notis tuntutan bayaran tol didalamnya.

Seorang lagi pemandu yang ditahan berusia 30 tahun dan memandu sebuah Ford Mustang. Selepas kena tahan terus telefon bapa sambil menangis dan meminta pegawai terbabit bercakap sendiri dengan bapa beliau. Seriuslah wei umur 30 tahun masih menangis. Bawak Mustang pulak tu. Hahaha (maaf terketawa pulak dah).

Kena diorang boleh lepas dengan tak bayar tol banyak kali? Jawapannya ialah sistem bebas tunai dan bebas palang. Tapi jangan naif sangat. Walaupun anda boleh melepasi plaza tol tanpa membayar, ianya dilengkapi dengan kamera dan pengesan nombor pendaftaran yang dengan mudah boleh mengesan mereka yang tidak membayar tol.

Apa yang berlaku sebaik ditahan? Kena bayar tol tertunggak dan boleh balik macam wanita yang ditahan memandu Mercedes tu ke? Ooo ini Amerika Syarikat bang. Tak semudah itu. Mula-mula kereta mereka akan ditunda dan pegawai MTA akan menghantar mereka pulang ataupun dihantar ke stesen LRT.

Kenderaan mereka akan ditahan sehinggalah jumlah tunggakan tol dilangsaikan. Bukan itu sahaja, denda tambahan USD100 lagi akan dikenakan kepada mereka yang melakukan kesalahan ini lebih dari tiga kali dalam masa lima tahun. Kalau 500 kali kau rasa berapa denda tambahannya?

Nampak tak beza penguasaan undang-undang dari dua benua yang berbeza. Komen lebih nanti ada yang sentap pulak.

Google ads
Back to top button