Motosikal

PENGGANTI KAPCAI LAGENDA, YAMAHA EZ115 RASMI DILANCARKAN. 8.7PS, 3 PILIHAN WARNA, BERMULA RM5,598

Sempena meraikan tahun baru 2023, Hong Leong Yamaha Motor secara rasmi melancarkan kapcai entry level Yamaha EZ115 ke pasaran tempatan. 

Menggantikan model Lagenda yang sudah lama berada di pasaran, Yamaha EZ115 menampilkan pelbagai ciri untuk memberikan kemudahan dan prestasi lebih baik kepada penunggang. 

Yamaha EZ115 menggunakan enjin yang mematuhi piawaian Euro 4. Enjin dengan sistem pancitan bahan api bersesaran 114cc itu mampu menjana kuasa 8.7PS dan tork 9.5Nm. Kuasa itu kemudian disalurkan ke roda menerusi kotak gear empat kelajuan jenis rotary. 

Kerangka jenis backbone yang ringan menjanjikan pecutan mantap dan penggunaan bahan api lebih jimat. Ia juga hadir dengan tangki minyak berkapasiti 3.9 liter.  

Tugas memberhentikan motosikal itu diserahkan kepada brek cakera tunggal di depan dan gelendong di belakang. Sistem suspensi pula terdiri daripada jenis teleskopik untuk roda hadapan dan lengan ayun di belakang.  

Antara ciri menarik yang ada pada kapcai ini termasuklah lampu utama lebih besar dan indikator lampu ECO. Ruang di bawah pelana boleh dibuka dengan mudah untuk menyimpan barang.

Bagi membuktikan keupayaan Yamaha EZ115, HLYM akan menganjurkan perlumbaan one make dalam acara CubPrix Malaysia 2023. 

Yamaha EZ115 didatangkan dalam tiga pilihan warna iaitu merah, biru dan cyan. Ia bakal berada di semua pengedar Yamaha di seluruh negara bermula 16 Januari 2023. 

Jika berminat, ia boleh anda miliki pada harga bermula RM5,598 seunit (tidak termasuk yuran pendaftaran dan insurans). Pelanggan akan menerima kunci cakera secara percuma dengan setiap pembelian. 

GALERI

Google ads
Back to top button