Buletin

PEMANDU TOYOTA PRIUS KENA SAMAN. PASANG PIRING SATELIT ATAS BONET NAK DAPAT SAMBUNGAN INTERNET

Peronda lebuh raya di California (CHP), Amerika Syarikat menahan dan mengeluarkan saman ke atas seorang pemandu Toyota Prius kerana memasang piring cakera satelit di atas but hadapan kenderaan.

Melalui perkongsian gambar di laman sosial Facebook CHP, piring satelit Starlink itu merupakan perkhidmatan internet Elon Musk yang disambungkan pada bahagian kabin kenderaan.

“Encik, saya menahan anda hari ini kerana halangan visual pada bonet kereta anda. Adakah itu tidak menghalang pandangan anda semasa memandu?,” kata pegawai polis terbabit kepada pemandu Toyota Prius berkenaan.

Pemandu itu berkata, dia memasang piring cakera untuk mendapat sambungan internet kerana mengusahakan bisnes dari keretanya.

Menurutnya,dia perlu ada sambungan internet pada setiap masa dan ke mana saja dia pergi atas urusan perniagaan.

Bagaimanapun, tindakan pemandu Prius tidak terlepas daripada undang-undang apabila dikenakan saman kerana menghalang pandangan ketika memandu. –carscoops

Google ads
Back to top button