Buletin

TOYOTA PRIUS KUSTOM JADI KERETA MEMBURU

Syarikat modifikasi terkenal, Starwood Customs yang terletak di Texas, Amerika Syarikat (AS) menjadikan sebuah Toyota Prius sebagai jentera memburu.

Jentera pemburu hibrid itu dikenali sebagai Predator Prius mendapat sentuhan warna hijau (Sarge Green Starwood Signature) amat sesuai untuk penyamaran.

Modifikasi utama dilakukan pada bahagian belakang dan but bagi menjalankan kerja-kerja binaan platform pemburuan.

Ia termasuk membina frem baharu dengan kerusi dan tapak bagi menempatkan senjata berburu.

Rekaan bahagian hadapan turut mendapat sentuhan baharu untuk menyesuaikan keadaan memburu.

Platform datar dan bar pelindung besar di depan gril, serta ditambah alatan win (winch) untuk kegunaan menunda.

Selain itu, bampar hadapan ditanggalkan dan dipasangkan plat pelindung besar.

Bahagian bumbung pula, hadir dengan rak kargo penyimpanan tayar ganti malah dilengkapi lampu LED bagi meningkatkan tahap pencahayaan untuk kerja-kerja memburu di kawasan gelap dan kurang cahaya dalam hutan.

Bagaimanapun, tidak diperincikan berhubung enjin yang digunakan serta harga Predator Prius. – carscoops/thedrive

Google ads
Back to top button