
PEMENANG BERTUAH BAWA PULANG TOYOTA CAMRY 2.5 HYBRID
Khoo Bee Ngoh ialah pemenang bertuah berbanding 9,000 pelanggan Toyota yang lain.
Bee Ngoh diumumkan sebagai pemenang ‘Toyota Buy & Win Contest’ yang berakhir Disember 2015. Sekaligus layak membawa pulang Toyota Camry 2.5 Hybrid.
“Saya terkejut dan gembira apabila diumumkan sebagai pemenang. Tidak pernah jangka akan menerima berita baik ini selepas membeli Vios 1.5J pada WOW Roadshow di Blue Concourse, Sunway Pyramid,” katanya.
UMW Toyota Motor menganjurkan ‘Toyota WOW Road Tour is Back 2 Excite’ kali kedua bermula September sehingga November 2015.
Sebagai sebahagian daripada promosi jualan, syarikat itu menganjurkan ‘Toyota Buy & Win Contest’. Peraduan itu memberi peluang kepada pelanggan yang menempah kenderaan di Wow Road Tour and Roadshow untuk memenangi Toyota Camry 2.5 Hybrid.
Majlis penyerahan hadiah dilakukan di pusat pameran Toyota Subang Jaya. Maklumat lanjut layari laman web: toyota.com.my