BMW i3 MR PORTER
BMW bekerjasama dengan jenama pakaian lelaki Mr Porter dalam menghasilkan edisi terhad kenderaan elektrik BMW i3. Ini adalah perkongsian automotif pertama bagi peruncit pakaian lelaki online sebagaimana ia fokus kepada pengembangan rangkaian pakaian lelaki.
Mr Porter melakukan perubahan pada badan i3 dengan menggunakan warna eksklusif Tuxedo Blue. Warna biru gelap itu memberikan penampilan premium kepada i3.
Pasukan reka bentuk Mr Porter dan BMW i juga mencipta aksen Capparis White sepanjang casis kereta. Sementara, bahagian kabin diperincikan menerusi kemasan kayu oak gelap.
Papan pemuka yang menggunakan material kayu disisipkan dengan ukiran perkataan Mr Porter. Selain itu, lencana Mr Porter turut boleh ditemui pada fender hadapan.
Bahagian pelapik lantai menampilkan perincian jahitan benang putih.
BMW i3 didatangkan dengan kit keperluan perjalanan Mr Porter. Merangkumi beg kulit serbaguna Β BMW dan kamera Leica C.
Sebagai tambahan, kereta kompak berkenaan dilengkapi dengan item eksklusif topi bowler Β Lock & Co., cermin mata jenama Cutler and Gross, payung hitam putih Β London Undercover sertaΒ Phaidon City Guide Books.
Model berkenaan akan dijual pada harga Β 39,000 pound (RM235,017) dan berada di pasaran pada 18 Februari ini.