Modifikasi

MITSUBISHI TRITON ORANGE X2

Sebenarnya ada tiga fasa pengeluaran trak pikap untuk pasaran Malaysia.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (16)

Fasa awal ialah zaman Isuzu Rodeo, Hilux ladang sawit dan Ford Courier. Pada penghujung tahun 1990-an dan awal 2000, masuklah versi sporty mampu milik seperti Mitsubishi Storm, Ford Ranger, Hilux Vigo, Mazda B2500 dan Isuzu Dmax.

Sekarang kita masuk ke fasa ketiga. Fasa kemuncak kejayaan pikap untuk kegunaan di atas jalan raya biasa. Ramai orang jadikan trak pikap sebagai kenderaan harian. Ia selesa dan enjin disel turbo VNT/VGT yang jauh lebih berkuasa berbanding zaman diesel tahun 2000.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (18)

Semua pengeluar ada versi terkini iaitu Ranger T6, Isuzu D-Max, Mitsubishi Triton dan bakal dilancarkan tdak lama lagi, Toyota Hilux.

Model-model baru ini memang direka dan lebih cenderung ke arah pemanduan jalan biasa. Fungsi 4X4 pun lebih praktikal dengan adaptasi shift-on-fly yang dahulunya dipasang pada model SUV saja.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (7)

Biarpun begitu, trak ini masih boleh dibawa ke dalam hutan. Disebabkan oleh teknologi, enjin diesel moden memang sangat menjimatkan. Ford Ranger T6 manual saya satu  tangki RM150 boleh bawa sehingga 1,000 kilometer tanpa sebarang masalah.

Too good to be true? Baiklah. Di benua Eropah, pembangunan enjin diesel lebih serius berbanding teknologi hybrid yang dibuat di Jepun. Enjin diesel Euro 5 di Eropah lebih bersih berbanding petrol RON95.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (2)

Hakikatnya pembakaran 1 liter diesel mesti lebih jauh efisyen  berbanding 1 liter petrol. BMW X1 E-Drive senang-senang sahaja nak dapat perbatuan 1,000km untuk satu tangki dan ia bertransmisi automatik.

Oklah. Berbalik pada Mitsubishi Triton ini. Triton memang paling sesuai untuk dijadikan kereta harian dan boleh ganti kereta atau SUV yang super mahal di Malaysia. Suspensinya macam Pajero, lembut dan selesa, respons enjinnya (auto) memang cun-cun tork datang dan gear shifting tepat.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (1)

Apa yang buat saya tak beli ialah kargo belakangnya tak cukup besar berbanding Ranger dan Ranger menang di bahagian kabin.

Triton ini datang dari Muar, Johor. Pemiliknya bernama Zul. Kalau tak bawa masuk sprint test, enjin 2.5 liter auto memang dah cukup sangat. Cuma kuasanya disedut sikit oleh tayar MT Silverstone bersaiz 275/60r16.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (8)

Memang itu salah satu cara nak bagi pikap nampak garang, kena guna rim offset Daytona 16 X 9 ke atas. Lepas masuk rim ini, kalau guna fender arch asal memang nampak kelakar habis.

Jangan bimbang, Thailand banyak buat extender untuk arch ni dengan ukuran 4 inci dari badan asal. Cukup untuk keluarkan tayar jauh dan bahagian negatifnya pula, susah kalau nak menyelit berbanding sebuah Triton standard.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (10)

Syarat kedua apabila dah tukar tayar lipan mestilah ‘angkat’ badan kereta. Proses lift-up Triton ini masih lagi rasional sebab hanya naik 2.5 inci dari asal dan dipasang dengan penyerap hentak heavy duty Grabber. Ada orang angkat lagi tinggi sampai 3 dan 4 inci, kemudian guna tayar 305 atau rim 15 dengan tayar 34 inci. Mak aii.. dah macam big foot!

Make-up sebuah pikap di bahagian deck belakang boleh dibuat dengan pelbagai cara. Tanggalkan bullbar biar togel atau pasang ‘ roller shutter’ untuk nampak rendah, tapi menyusahkan bila nak bawak barang besar.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (9)

Kalau nak jimat bawa barang, guna kanvas boleh lipat. Tapi nampak macam kontraktor la pulak atau boleh pasang cab belakang macam Triton ini. Produk ini sekarang dah ada macam-macam bentuk. Zul pilih yang lebih kepada rupa berbanding praktikal bawak barang. Akhir sekali, ia diwarnakan mengikut skema warna oren.

Musim-musim awal orang main 4X4 dulu, bahagian dalaman memang tak diusik. Nak masuk seat bucket jauh sekali sebab kedudukannya yang tinggi menyusahkan urusan keluar masuk.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (6)

Tapi berbeza dengan zaman orang tak peduli semua benda tu janji nampak cantik dan sporty. Zul memasang sepasang kerusi SSCUS di depan. Peralatan tambahan lain ialah meter Jasma dan pemain utama DVD Convex.

Saya yakin ramai yang sudah bertukar kepada kenderaan jenis ni. Praktikal dan boleh jadi kenderaan 2 dalam 1. Cuma ramai yang skeptikal tentang aspek penyelenggaraan dan ketahanannya.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (4)

Bab penyelenggaraan, memang servis diesel tak murah macam servis Alza, cuma kalau pandai boleh beli minyak pelincir tong besar Castrol, memang jimat. Bab alat ganti? Berapa kerap anda nak tukar absorber? Boleh pakai lama.

Kenderaan macam ni lasak. Hujan? Banjir? Lopak-lopak kat jalan tu biasanya kami langgar je, penat nak pulas-pulas stereng mengelak.

Mitsubishi-Triton-modified-mekanika (12)

Susah nak parking? Memang susah kalau parking sempit. Tapi guna pikap biasanya tak cari parking. Buat parking sendiri!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button