Buletin

PEMENANG GREAT NISSAN BUY 1 WIN 1 DIUMUMKAN

Kesemua enam orang pemenang Kempen ‘The Great Nissan Buy 1 Win 1’ (Pusingan 1) amat bertuah apabila menerima sebuah lagi kereta baharu Nissan, hadiah daripada Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd (ETCM).

Nissan-buy-1-win-1-mekanika (2)

Kempen itu dilancarkan pada 1 September hingga 31 Oktober 2014. Untuk pusingan ini, seramai enam pelanggan berpeluang untuk memenangi sebuah model lebih baik dengan setiap pembelian sebuah kenderaan Nissan. Dengan nilai hadiah bernilai lebih RM888,888 model-model Nissan yang dimenangi ialah Teana 2.0XE, Teana 2.5XV, Sylphy 1.8E serba baharu dan Serena S-Hybrid.

Sepanjang bulan Disember, majlis penyerahan kunci kereta baharu Nissan kepada semua pemenang telah diadakan di beberapa buah bilik pameran di negeri Melaka, Kedah, Sabah, Penang, Sarawak dan Kuala Lumpur.

Nissan-buy-1-win-1-mekanika (4)

Para pemenang itu ialah Raziff Suhairi bin Shabaan yang membeli sebuah Nissan Teana 2.5XV dan memenangi sebuah Nissan Serena S-Hybrid. Kelvin Ong Wei Chong pula membeli sebuah Nissan Almera dan memenangi sebuah Nissan Sylphy 1.8E. Aidasuzana binti Md Arshad membeli sebuah Nissan Grand Livina 1.6L dan memenangi sebuah Nissan Serena S-Hybrid.

Sementara Arnizah binti Kasbulah yang membeli sebuah Nissan Sylphy 1.8VL memandu pulang sebuah Nissan Teana 2.0XE. On Keur Li yang membeli sebuah  Nissan Serena S-Hybrid dihadiahkan dengan sebuah Nissan Teana 2.5XV. Pemenang terakhir ialah Luhat Jok yang membeli sebuah Nissan Navara dan memenangi sebuah  Nissan Sylphy 1.8(E).

Nissan-buy-1-win-1-mekanika (3)

Ini adalah kegembiraan berganda buat Aidasuzana Binti Md Arshad. Beliau bukan sahaja memenangi sebuah Serena S-Hybrid, malah sedang menantikan kelahiran anak keempatnya.

“Bagi pihak Edaran Tan Chong Motor Sdn Bhd, saya ingin mengucapkan tahniah kepada semua pemenang Pusingan 1 Kempen The Great Nissan Buy 1 Win 1,” kata Pengarah Perancangan Produk dan Pemasaran ETCM, Tan Keng Meng.

Pusingan 2 Kempen The Great Nissan Buy 1 Win 1 berakhir pada 31 Disember 2014 dan para pemenang akan diumumkan pada akhir Januari 2015.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button