Modifikasi

TOYOTA UNSER KOLE AUDIO

Membina sebuah kereta yang mampu memenangi pertandingan audio SPL adalah impian setiap peminat audio kenderaan.

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (5)

Bukan mudah untuk mencatat decible tertinggi kerana ia lebih kompetitif dari yang kita sangkakan. Asasnya, pertandingan nampak mudah, amp, sub dan catatan term lab. Namun realitinya, banyak selok belok yang perlu difikirkan demi menghasilkan sebuah kereta yang mampu bergelar juara.

Banyak yang telah saya dengar mengenai tuner yang satu ini. Kedainya tersorok  nun jauh di sebuah kampung di daerah Klang. Lokasinya juga tidak menggambarkan langsung diamnya sebuah jentera raksaksa yang muncul secara tiba-tiba.

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (6)

Sejak awal lagi, kereta-kereta yang keluar dari premis ini banyak dipertontonkan di pertunjukan audio hujung minggu sahaja. Sehinggalah baru-baru ini, beberapa projek yang dibina mendapat reputasi tinggi.

Jadi, saya kami terpanggil untuk menyiasat lokasi sebenar. Akhirnya bertemu dengan kereta ini, sebuah Toyota Unser.Warna kuning badannya menarik perhatian saya untuk menjenguk lebih dekat.

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (4)

Beberapa bulan sebelum itu, kereta ini memenangi salah satu pusingan pertandingan audio MACE di KL. Saya hampir tidak dapat mengecam kombinasi baru ini. Apatah lagi susunan audio dalamannya kini lebih meriah dan kemas.

Ketika pertandingan tempoh hari, tidak ramai yang melihat kereta ini secara dekat. Tumpuan diberikan pada van dengan 14 atau lebih sub nya. Tetapi apabila keputusan diumumkan, semua orang terpegun!

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (17)

Ini adalah antara projek demo audio terbaharu daripada Kole audio. Kereta ini dibina khusus untukipertandingan agar produknya mendapat kepercayaan umum. Lebih mengagumkan, kereta ini dibina dengan cukup kemas dan tak keterlaluan. Temanya straight forward dalam mengenengahkan betapa besarnya kuasa yang mampu dihamburkan oleh produk Kole.

Pemain Pioneer DEH-P42505D dipilih menerajui kombinasi sistem dengan penggunaan 3 buah pre-amp 7 band Kole audio. Semua unit ini ditempatkan di bahagian kabin belakang dan dikawal sepenuhnya menerusi teknik manual.

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (18)

Susunan peralatan berikutnya ialah 5 buah power amp mono, 2 buah amp 2 channel dan sebuah amp 4 channel. Ya. Itu sahaja. Peralatan yang tidak banyak membolehkan dekorasi dibuat dengan teratur. Amp mono disusun selari, di samping 3 amp yang lainnya berada di puncak. Kemasan pemasangan, perumah dan persempadanan yang dibuat menyebabkan tiada wayar yang kelihatan.

Amp-amp mono tadi bertindak membekalkan kuasa kepada 10 buah sub 12 inci di bahagian belakang Unser ini. 10 unit bukanlah jumlah yang besar tapi kuasanya yang stabil menyebabkan saya sendiri terkejut apabila diberitahu ia memegang rekod terkini MACE. Kereta ini mencatat 158Db, tertinggi setakat hari ini. Saya pernah melihat sebuah van dengan 15 atau 20 sub tetapi Dbnya lebih rendah!

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (1)

Ia memerlukan kesinambungan bunyi yang konsisten dan sokongan daripada frekuensi berbeza. Misalnya, bahagian midbass turut menyokong, kerana apabila term lab menguji bunyi, mid yang baik akan membantu.

Midbass Unser ini terdiri daripada 16 unit yang mendapat bekalan daripada 2 buah amp Kole 2 chanel. Ya, saya tidak salah taip, hanya 2 amp 2 saluran!

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (23)

Pola bunyi yang mantap telah disempurnakan dengan kemasukan unit-unit horn tweeter yang terdiri daripada 8 unit semuanya. 4 dipasangkan dalam konsol khas pada tailgate dan 4 lagi pada pemuka hud.

Semuanya dipasang dalam perumah custom yang dibina khusus untuk fungsinya. Tuner yang mahir mempunyai alasan yang tersendiri bila memilih lokasi pemasangan kerana setiap keputusan yang dibuat memberi kesan besar ketika proses talaan akhir dilakukan.

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (21)

Itu belum termasuk pemilihan jenis kabel, kapasitor dan pengiraan yang lebih rumit, demi memastikan setiap yang dikira di atas kertas dapat direalisasikan dalam dunia  sebenar.

Memegang gelaran Best of The Best dalam kategori External SPL adalah satu pencapaian yang paling tinggi dalam pertandingan audio. Ia dihakimi berdasarkan catatan teknikal dan mesin yang bukannya subjektif.

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (9)

Sebab itu juga ia sering jadi kayu pengukur dalam penetapan standard industri dan yang paling ramai orang mengidamkannya!
[hr]GALERI 

Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (2)Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (11)Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (12)Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (15)Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (14)Toyota-Unser-Kole-Audio-mekanika (25)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button