Artikel PilihanMotosikal

PENCABAR XMAX 250 TELAH DILANCARKAN – HONDA FORZA 250

Yamaha dan Honda memang seteru yang abadi. Baik dalam arena MotoGP mahupun dari segi produksi motosikal, mereka memang akan bersaing dengan sengit. Jika sebelumnya model Forza hanya hadir dalam kapasiti 300cc dan bersaing secara langsung dengan XMAX 300. Kini muncul pula skuter maxi terbaru Honda yang dinamakan Forza 250 yang juga sebagai menyaingi XMAX 250 khusus untuk rantau Asia.

Jika dibandingkan dari segi saiz, semestinya Forza 250 adalah sedikit kecil tapi tidaklah terlalu ketara. Dimensi Forza 250 ialah 2140mm panjang x 750mm lebar x 135mm tinggi berbanding Forza 300 (2140 x 755 x 1470mm). Memang sedikit betul bezanya kecuali pada ketinggian.

Namun begitu ketinggian tempat duduknya kekal pada 780mm sesuai dengan ketinggian warga Asia secara purata. Memang itu pun tujuan skuter ini dihasilkan, khusus untuk pasaran rantau sebelah sini.

Dari sudut rekaan pula, ramai yang ditanya menyatakan yang ia kelihatan lebih dinamik dan futuristik berbanding XMAX 250. Ini kerana Forza 250 mempunyai sudut-sudut yang lebih tajam. Tapi sudah tentu ianya bergantung pada selera masing-masing kan?

BACA: YAMAHA XMAX250CC KINI DI PASARAN RM22.5K. INI PENCABAR MODENAS ELEGAN DAN SYM EVO

Bahagian enjin Forza 250 semestinya berbeza dari Forza 300 tetapi enjin yang dituruntarafkan ini masih lagi mampu menghasilkan 22.8 hp pada 7,500 rpm. Walaupun ia mempunyai perbezaan 31 cc berbanding Forza 300 hakikatnya perbezaan angka kuasa cumalah 2 hp sahaja.

Satu lagi khabar baik ialah model 250 ini mempunyai ciri-ciri yang sama dengan model 300cc antaranya ialah Honda Selectable Torque Control (HSTC) yang merupakan saingan kepada ciri Traction Control yang dilengkapkan pada XMAX 250.

Selain daripada itu ia turut dilengkapi dengan lampu-lampu LED sepenuhnya, ruang bagasi yang luas, soket pengecas, sistem bebas kunci (keyless) dan alkhir sekali sistem cermin pelindung boleh laras elektronik (yang tidak ditawarkan pada XMAX).

Okey rupa paras okey, enjin okey, teknologi pun pun boleh tahan. Berapa harga skuter maxi terbaru Honda ini. Buat masa ini ia baru sahaja dilancarkan di Jepun dan belum lagi dipasarkan di sebelah Asia Tenggara. Harganya di sana boleh tahan iaitu sekitar RM24.5k. Masih lagi mampu milik kan? Yang penting ia memberikan kita lebih pilihan untuk kategori skuter maxi.

GALERI:

Google ads
Back to top button