Motosikal

HARLEY-DAVIDSON FAT-BOY FILEM TERMINATOR 2 DILELONG PADA HARGA RM1.92 JUTA

Sebuah Harley-Davidson FLSTF Fat Boy yang pernah ditunggang oleh bintang filem Arnold Schwarzenegger dalam filem Terminator 2 pada tahun 1991 berjaya dilelong pada harga hampir AS$500,000 (RM2 juta).

Diadakan oleh Profiles in History sebagai sebahagian daripada acara lelongan Icons and Legends di Hollywood, penganjur pada awalnya menjangkakan motosikal itu akan dijual dengan harga sekitar AS$200,000 (RM800,000) hingga AS$300,000 (RM1.2 juta) sahaja.

Namun, harga akhirnya yang dicatatnya adalah hampir dua kali ganda iaitu AS$480,000 (RM1.92 juta)

Fat Boy merupakan salah satu model terlaris Harley-Davidson dan jentera ini cukup istimewa kerana ia merupakan sebahagian daripada sejarah.

Motosikal itu masih boleh ditunggang dengan baik, cuma cermin sisinya telah hilang dan memerlukan sedikit pembaikan. Perbatuan yang dicatat juga rendah, hanya 631 kilometer.

Identiti pemilik barunya bagaimanapun tidak didedahkan. Jaket berlubang yang dipakai oleh Arnold yang turut dilelong dalam lelongan sama berjaya dijual pada harga AS$24,000 (RM96,000).

Gila ke apa..

 

Google ads
Back to top button