Artikel Pilihan

PENDUDUK SAMAN LAGUNA SECA KERANA DIKATAKAN TERLALU BISING – HAIH SIAPA SURUH BELI RUMAH TEPI LITAR

Sekumpulan individu yang menggelarkan diri mereka sebagai “pertubuhan kebajikan sosial” telah memfailkan saman terhadap pemilik litar Laguna Seca, Monterey County dan Monterey County Board of Supervisors.

Kumpulan ini dikenali secara rasmi sebagai “Highway 68 Coalition” mendakwa litar tersebut menyalagi peraturan bunyi bising, peraturan setempat dan California Enviromental Quality Act selain menyebabkan kesesakan lalu lintas. Namun dikatakan pihak plantiff akan mengalami kegagalan dalam membuktikan dakwaan mereka.

Litar terkenal Laguna Seca telah wujud seawall tahun 50 an dan kebanyakan penduduk yang menetap di sekitarnya hanya mula berpindah selepas litar ini menjadi popular. Ada ke patut Highway 68 Coalition ke apa benda namanya ingin mengharamkan acara perlumbaan dan sewa litar disebabkan pencemaran bunyi yang dikatakan berpunca dari perlumbaan yang sering diadakan di sana.

Masa nak beli rumah dulu takkan tak perasan ada litar kat situ. Ini bukan trek go-kart dalam pusat membeli belah.

Kumpulan tersebut mendakwa litar tersebut telah disewa 340 hari dalam setahun dan ia kelihatan bercanggah dengan meklumat yang diperolehi dari kaelendar umum Laguna Seca. Bukan itu sahaja, Laguna Seca turut memberikan lonjakan ekonomi kepada kawasan sekitar untuk sekian lama. Rumah diorang tu pun menjadi lebih bernilai kerana berada berhampiran dengan litar yang dikenali di seluruh dunia.

Malah pada tahun 2022 sahaja, acara-acara yang diadakan di Laguna Seca telah menjana mendapat sekitar USD246 juta. Banyak tu!

Pihak berkuasa tempatan dikatakan tidak risau langsung dengan saman tersebut dan menyatakan yang adalah sesuatu yang tidak patut untuk beberapa individu membuat komplen tentang operasi Laguna Seca. Mereka tidak akan melayan dakwaan tersebut dan menjangkakan yang kemenangan akan berpihak kepada mereka.

Highway 69 Coalition ni sebenarnya dah banyak memfailkan saman di daerah ini sebelumya. Kebanyakannya berkaitan dengan pembangunan setempat dan ada antara dakwaan tersebut dibuang kes kerana tidak mempunyai asas yang kukuh.

Namun buat sekarang semua acara yang dijadualkan untuk tahun 2024 masih akan diteruskan seperti biasa walaupun wujud dakwaan ini.

Kalau nak dikatakan sebab pencemaran, bukan semua acara yang diadakan Laguna bertemakan sukan motor. Ada je acara lain seperti berbasikal dan macam-macam lagi. Haih diorang ni pun memang sengaja nak isu ke apa?

Google ads
Back to top button