Artikel PilihanBuletin

PENGECAS TANPA WAYAR UNTUK EV KINI SATU REALITI

Setiap hari kita perlu mengecas pelbagai jenis peralatan elektronik termasuklah kereta elektrik (EV) merupakan antara trend baharu dunia permotoran. Daripada pengecas biasa sehinggalah munculnya konsep pengecas tanpa wayar yang memang kelihatan sangat cool.

Sebelum ini ia cuma boleh digunakan untuk mengecas telefon pintar tetapi kini kenderaan EV juga boleh dicas dengan konsep yang sama. Ia bukannya satu perkara baharu kerana beberapa percubaan menghasilkannya pernah dilakukan oleh KIA dan juga BMW. Malah Jaguar juga pernah cuba memperkenalkan inovasi ini dalam industry teksi Norway dengan i-Pace baharu mereka.

Kini sebuah syarikat Australia bernama Lumen Freedom telah menerima pengiktirafan bagi membolehkan mereka mengeluarkan paten teknologi pengecas tanpa wayar EV untuk kegunaan umum. Ini satu langkah besar sebenarnya tuan-tuan.

Menurut sumber syarikat terbabit, teknologi mereka ini akan menukar industri ini selamanya kerana mudah digunakan dan tempoh pengecasan yang sangat pendek. Malah pengecas keluaran mereka ini datangnya dalam satu kotak tunggal 11 kilowat yang merupakan satu-satu seumpamanya di dunia.

Boleh ke kenderaan EV sedia ada menggunakan teknologi baharu ni? Sudah tentu boleh kerana pihak Lumen Freedom memang sudah berfikir sejauh mungkin. Mereka bukan hanya mencipta punca kuasa untuk pemasangan di atas permukaan lantai tetapi juga peralatan yang perlu dipasang pada sesebuah kereta EV sekaligus menjimatkan kos pembangunan dari pihak pengeluar kereta. Bayar je lesen kepada mereka untuk menggunakannya. Takkan nak bagi percuma je kot.

Bulan lepas, syarikat ini telah menjadi satu-satunya syarikat di dunia yang menerima pengiktirafan dari UL bagi membolehkan pengecas tanpa wayar keluaran mereka digunakan umum.

Bayangkan kini anda boleh mengecas bateri 60 kW hanya dalam masa 5 jam tanpa wayar. Malah mereka juga kini sedang mencari jalan untuk membolehkan kenderaan elektrik untuk dicas sambil bergerak. Wow, nampaknya masa depan kenderaan elektrik ni memang bertambah cerah.

Tags
Google ads
Back to top button