Buletin

PENGECUALIAN CUKAI. RENAULT TURUNKAN HARGA SEHINGGA RM11,670

TC Euro Cars mengumumkan harga baharu semua model Renault yang dijual di pasaran Malaysia sejajar dengan pelaksanaan pengecualian cukai jualan bagi kereta baru berkuat kuasa 15 Jun hingga 31 Disember 2020.

Rangkaian model Renault terdiri daripada Captur sebagai satu-satunya model pemasangan tempatan (CKD). Manakala Koleos dan Megane R.S. ialag import sepenuhnya (CBU).

Pengecualian 100 peratus cukai jualan untuk model CKD membolehkan Captur menikmati pengurangan harga berjumlah RM2,691. Sementara harga Koleos dan Megane R.S. dikurangkan sehingga RM6,687 dan RM11,670 dengan pengecualian cukai jualan sebanyak 50 peratus untuk model CBU.

ModelHarga Semasa Cukai JualanHarga Baharu(CKD)Harga Baharu (CBU)
CapturRM107,980RM2,691.21RM105,288.79 
KoleosRM179,888RM13,373.16 RM173,201.42
Koleos SignatureRM189,888RM14,041.82 RM182,867.09
Koleos Signature PlusRM194,888RM14,041.82 RM187,867.09
Megane R.S. MTRM279,888RM19,598.22 RM270,088.89
MeganeR.S. EDCRM299,888RM23,339.91 RM288,218.05
Google ads
Back to top button