
PENGERUSI TOYOTA BERANG, 88000 UNIT KENDERAAN JENAMA TOYOTA TERBABIT ISU KESELAMATAN
Hampir 88,000 unit kenderaan di bawah jenama Toyota terlibat dengan isu manipulasi data ujian kemalangan perlanggaran sisi termasuklah dengan jenama yang berada di bawah jenama Toyota iait Daihatsu. Bagi kebanyakan model kecil Toyota, pembangunan platform akan dilakukan oleh Daihatsu
Door trim atau kemasan pintu di bahagian dalam komponen ini telah direka dengan beberapa lekukan khas, bertujuan meminimakan risiko kecederaan pada penumpang apabila komponen ini menerima impak daripada beg udara sisi ketika perlanggaran dari tepi kenderaan berlaku
Tanpa lekukan ini, penumpang mngkin akan cedera apabila komponen ini mungkin pecah sewaktu menerima impak beg udara sisi yang meletup. Serpihan door trim yang pecah ini mungkin akan menyebabkan kecederaan pada penmpang
Ketika ujian perlanggaran dibuat, lekukan khas ini memang termasuk sebagai rekaan standard. Namun ketika kenderaan dihasilkan secara besar-besaran, ciri lekukan khas ini telah “ditiadakan”

Pengerusi Toyota Motor Corporation iaitu Mr. Akio Toyoda mengatakan “Kesalahan yang dilakukan oleh Daihatsu Motor Corporation (DMC Co. Ltd.) adalah melibatkan aspek keselamatan iait aspek paling penting dalam sebuah kenderaan. Kami menyatakan tindakan ini langsung tidak dapat diterima dan mengkhianati kepercayaan pelanggan. Kami memohon maaf terhadap semua pelanggan yang terlibat di seluruh dunia dan semua pihak yang terlibat disebabkan isu yang telah terjadi”
Kenyataan rasmi Mr. Akio Toyoda dalam bahasa Inggeris adalah seperti berikut “Daihatsu Motor Co., Ltd.’s wrongdoing is a matter that concerns safety, which is the most important aspect of vehicles. We consider this an absolutely unacceptable act that betrays the trust of our customers. We would like to sincerely apologize to our customers around the world and all related parties for the inconvenience and concern this has caused.”
Akio percaya masalah ini tidak terhad kepada jenama Daihatsu sahaja, dan akan memulakan siasatan penuh dan menyeluruh dengan mengutip semua data serta fakta bagi memahami situasi sebenar, menentukan punca masalah dan menghalang perkara ini daripada terjadi pada masa depan
Akio turut berjanji Toyota tidak akan lari, menipu atau menyembunyikan perkara sebenar sama seperti krisis pada tahun 2009. Toyota menyatakan buat masa ini mereka tidak meneruma laporan kemalangan atau kecederaan berhubung dengan isu ini atau melibatkan kemalangan sisi

Buat masa ini tidak dapat dipastikan pihak mana yang bertanggungjawab mengubah atau mengarahkan perubahan dibuat pada rekaan door trim ketika ujian kemalangan, ketika pengeluaran dibuat, setakat mana isu ini diketahui oleh pengurusan Daihatsu Motor Corporation dan adakah tindakan ini diluluskan oleh pihak pengurusan DMC
Namun Akio berjanji akan mencari pihak manakah yang bertanggungjawab pada isu ini. Isu keselamatan ini mula tular melalui laporan whistleblower kepada pihak berkuasa dan tindakan telah dibuat bagi menghentikan penghantaran produk kepada pelanggan
Antara model yang terlibat ialah Toyota Yaris Ativ (Toyota Vios) yang dihasilkan di Thailand, Perodua Axia yang dihasilkan di Malaysia, Toyota Agya dan juga sebuah lagi model dalam pembangunan (D66B). Daripada 88,000 unit yang terbabit, 76,000 unit yang terlibat adalah untuk pasaran Thailand, Mexico dan beberapa negara teluk seperti Arab Saudi, UAE, Kuwait, Qatar, Bahrain dan Oman
Beberapa laporan berita antarabangsa juga menyebut sebanyak 11,800 unit Perodua Axia terlibat dalam isu ini. Daihatsu dan Toyota akan menjalankan beberapa siri ujian baru dengan kehadiran wakil agensi keselamatan dan akan memastikan semua aspek keselamatan dipenuhi sebelum penghantaran produk disambung semula