Artikel PilihanBuletin

PENGGANTI BUGATTI VEYRON

Pengganti model Bugatti Veyron sedia ada dikatakan mempunyai prestasi yang sangat mengagumkan sehinggakan kelajuan maksimumnya sukar untuk dibuktikan. 

bugatti-veyron-mekanika

Bugatti telah mendedahkan jentera tersebut kepada majalah pemotoran Autocar bahawa ia akan dijual pada tahun 2016. Hypercar tersebut dikatakan memiliki kelajuan maksimum mencecah 460km/j. Sementara pecutan dari 0 ke 100km/j hanya memakan masa 2.3 saat!

Veyron itu dipacu oleh rangkaian kuasa hibrid pada enjin W18 quad-turbocharged 8.0L yang berupaya menghasilkan kuasa sehingga 1,500bhp. Enjin tersebut dipadankan dengan kotak gear automatik klac berkembar tujuh kelajuan.

Sedia maklum bahawa Veyron yang sudah sembilan tahun di pasaran dengan kelajuan maksimum 431km/j sukar untuk dibuktikan berikutan limitasi tayar Michelin yang digunakannya.

Sama seperti model terdahulu, jentera tersebut dibina menggunakan monokok gentian karbon. Ia menawarkan kapasiti dua tempat duduk dengan kabin yang sangat mewah dan teknologi ketersambungan tercanggih.

Mula dilancarkan pada tahun 2005, terdapat 15 unit lagi yang belum terjual. Hanya 450 unit  model baharu Veyron akan dihasilkan.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button