Modifikasi

FORD ESCORT MK1

Saya memang meminati kereta klasik sejak zaman belajar di universiti lagi. Tatkala kawan-kawan sibuk nak beli motor Yamaha TZM atau RXZ, saya simpan angan-angan nak pandu kereta klasik. 

SONY DSC

Kereta klasik yang saya minat pada masa itu tak lain tak bukan Ford Escort. Semasa di tahun akhir, saya berjaya membeli sebuah Ford Escort Mk2 Ghia empat pintu sebagai kereta harian.

Semangat modifikasi pun terus membara. Escor itu mengguna pakai karburator Weber 40 DCOE berkembar dengan aci sesondol perlumbaan. Kereta memang laju, minyak pun laju juga. Nasib baik masa tu harga petrol baru RM1.20 seliter.

ford-escort-mk1-mekanika (20)

Percaya atau tidak, kereta ini boleh dibawa balik kampung di utara hampir setiap bulan dengan dua atau tiga orang penumpang dan bonet belakang penuh dengan barang. Siapa kata kereta klasik tak tahan lasak dan tak boleh bawa jalan jauh?

Bagaimanapun, impian sebenar saya nak layan Ford Escort dua pintu. Tak kiralah  model Mk2 atau Mk1, bagi saya sama best. Kalau dapat body Mk2 dua pintu, saya mesti nak cat warna oren dengan jalur hitam, baru la sama dengan kereta Hail Amir! hahaha! Tapi sekarang saya tengok makin mahal pula harga Escort dua pintu ni, terima kasih kepada filem Fast and Furious.

ford-escort-mk1-mekanika (1)

Jadi, siapa ada simpan kereta Escort dua pintu kiranya dah macam menang loteri. Kereta makin mahal, walaupun body dah reput. Kalau ada modal, baik juga dimodifikasi macam Escort Mk1 ini.

Pemiliknya bernama Elias, orang Muar dan bekerja sebagai tukang kayu. Ford Escort klasik dia asalnya menggunakan enjin terkecil dalam keluarga Ford Escort iaitu enjin Kent 1,100cc yang sememangnya lebih lembab daripada seekor siput sedut.

ford-escort-mk1-mekanika (2)

Ramai peminat Escort yang menggantikan enjin asal itu dengan enjin 4AGE  Toyota. Kalau yang lebih ekstrem, tukar enjin CA18DET atau SR20DET Nissan. Dengan chasis yang dah uzur, ada baiknya enjin yang dipilih tak terlalu berkuasa dan tak terlalu lembab.

ford-escort-mk1-mekanika (24)

Atas sebab itu, Elias memilih untuk menggunakan enjin Datsun A15 yang diambil daripada van Nissan Vanette C20. Enjin bersesaran 1,500cc itu mungkin bukan yang paling berkuasa, tetapi amat menjimatkan petrol. Paling penting, cukup lasak untuk digunakan setiap hari.

ford-escort-mk1-mekanika (10)

Enjin itu tak banyak diubah suai. Hanya sebuah penapis udara K&N digunakan bagi menapis udara yang disedut oleh karburator tunggal enjin. Radiator pula mendapat khidmat radiator aluminium JASMA dengan kipas radiator jenis elektrik yang lebih efisien untuk menyejukkan enjin. Datang bersama enjin ialah kotak gear manual lima kelajuan yang memberikan tambahan nisbah gear kepada Escort yang dahulunya hanya mempunyai empat kelajuan.

Bagi mendapatkan tahap kerendahan yang diingini, tak payah susah-susah nak cari penyerap hentak boleh laras. Buang masa sahaja sebab memang takkan jumpa. Melainkan anda order Koni dari England. Tetapi harganya boleh beli satu lagi Escort.

SONY DSC

Jadi kereta lama, modifikasi absorber pun cara lama lah. Masukkan minyak pada  penyerap-penyerap hentak standard Escort. Untuk merendahkan kereta, potong spring depan dan kat belakang, masuk lowering block custom, habis cerita.

Brek ialah satu masalah besar untuk kereta ini. Kalau pernah pandu Ford Escort yang tidak diubah suai, anda pasti akan terharu dengan keupayaan membrek kereta ini,  memang hampeh.

ford-escort-mk1-mekanika (22)

Namun, sistem brek yang cukup asas ini juga memudahkan mekanik mengubah suainya. Ford Escort ini menggunakan pam brek dan booster daripada Perodua Myvi. Cakera depan bersama angkupnya masih menggunakan barang asal. Cuma brek gelendong di belakang sudah diganti dengan brek gelendong asal Nissan Vanette.

Satu lagi pening kereta Ford ini ialah pilihan rim. Biasa lah, kereta Eropah PCD dia lain berbanding kereta Jepun. Di Malaysia, sudah tentu kebanyakan rim yang dijual menggunakan PCD rim kereta Jepun.

ford-escort-mk1-mekanika (17)

Tapi itu pun dah tak jadi masalah, sebab pemiliknya dah ubah suai PCD asal kereta kepada PCD 114.3, iaitu PCD yang cukup popular dengan kereta buatan Jepun. Sebab itulah Escort ini dimasukkan dengan rim buatan Jepun dari jenama SSR Star Formula berdiameter 14 inci. Rim rekaan klasik itu dibalut dengan tayar-tayar Falken bersaiz 185/60/14.

Untuk ubah suai dalaman dan luaran, kereta ini mendapat sedikit sentuhan moden.  Bahagian badannya direstorasi semula dan dicat dengan warna coklat keemasan dan lining berwarna hitam yang mengikut corak asli Ford Escort Mexico.

ford-escort-mk1-mekanika (3)

Bahagian dalaman pula dikemaskan semula dengan karpet baru berwarna hitam. Kulit pintu dibalut dengan vinyl hitam. Tempat duduk depan menggunakan sepasang Recaro model SR3 (pemandu) dan Fishnet untuk penumpang.

Stereng asal diganti dengan stereng sports buatan Sparco. Paling penting, kereta ini dimasukkan dengan sistem pendingin hawa! Anda percaya tak model asal Escort ini tak ada pendingin hawa?

ford-escort-mk1-mekanika (11)

Walaupun kereta Escort ini tidak selaju Escort yang beraksi dalam filem Fast and Furious, tetapi sekurang-kurangnya kereta ini dah selamat digunakan untuk pemanduan harian, tak kira untuk pemanduan dalam bandar ataupun di atas lebuh raya. Apa yang pasti, ramai akan menoleh ke arah kereta ini setiap kali ia dipandu.
[hr]GALERI

ford-escort-mk1-mekanika (4)SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCford-escort-mk1-mekanika (12)ford-escort-mk1-mekanika (13)ford-escort-mk1-mekanika (15)ford-escort-mk1-mekanika (16)ford-escort-mk1-mekanika (19)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button