Artikel PilihanBuletin

PENUNGGANG BASIKAL INI DAPAT PENGAJARAN BERGUNA DARI ABANG LORI (VIDEO)

Siang tadi, tular video ini yang menyaksikan video seorang penunggang basikal dihimpit oleh sebuah lori kecil. Insiden ini berlaku di Singapura dipercayai pada awal hari ini.

Agak jelas, ia adalah provokasi yang dimulakan oleh penunggang basikal ini. Di sebuah laluan jalanraya dua lorong yang agak sempit, penunggang basikal tersebut menunjukkan sikap “keras kepalanya” dengan sengaja menunggang di tengah jalan.

Sedangkan kawannya boleh saja menunggang di sisi jalan dan memberi laluan kepada kenderaan bermotor. Sudahlah perlahan, tak mahu ketepi pulak tu.

Pemandu lori tersebut menekal hon pendek beberapa kali untuk meminta laluan. Akhirnya penunggang basikal tersebut memberi laluan dan apa yang mengejutkan sebaik sahaja lori tersebut memintas, beliau memukul cermin sisi lori tersebut dengan kuat sehingga tercabut.

Berang dengan tindakan itu, pemandu tersebut secara refleks telah menghimpit penunggang basikal tersebut hingga terbabas di rumput.

Dilaporkan, penunggang tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.

Tapi sudah tentu, ia pengalaman yang cukup berharga.

Kan?

 

Google ads
Back to top button