Artikel PilihanBuletin

PENYAKIT BAHARU DI NEW ORLEAN – HALANG POLIS SURAIKAN AKSI STUNT HARAM DI JALAN RAYA

Kegiatan membuat aksi stunt di tengah kesibukan trafik dan lampu isyarat mungkin bukan kebiasaan bagi kita rakyat Malaysia tapi ia semakin merebak di bandar-bandar besar Amerika Syarikat.

Kini ia menjadi semakin popular di New Orleans dan ia diberi jolokan “pop up show” dan pihak berkuasa masih belum menemui penyelesaian kepada masalah ini. Nak tengok buruk tak buruk perangai penonton dan mereka yang terlibat sila tonton video ini.

Pada hari Isnin lepas, pihak jabatan polis New Orleans membuat satu kenyataan akhbar mengutuk perbuatan tersebut. Malah pada hari sebelum itu, Ahad, 5 Jun empat lokasi stunt jalanan dilaporkan dan para penonton semakin berani menggila menghalang pihak berkuasa.

Stunt tu satu hal, buat aksi donat ataupun kuih keria di tengah persimpangan lampu isyarat pun satu hal dan lagi kurang ajar ialah mencarut dan melompat-lompat di atas hud kereta peronda polis. Boleh tahan perangai warga negara maju ni eh. Meh cuba buat kat kereta peronda PDRM kalau nak tahu langit tinggi ke rendah.

Beberapa video yang dimuat naik atas talian menunjukkan para penonton menendang, melompat dan dan mengetuk kenderaan polis di tempat kejadian.

Hasilnya video-video yang tular itu menurut Supritenden Ferguson dari jabatan polis New Orleans ialah para penonton akan menjadi lebih agresif dan bertambah hari demi hari. Kini mereka yang terlibat bukan hanya berhadapan dengan tuduhan memandu secara merbahaya tetapi juga pelbagai tuduhan lain termasuklah menghalang urusan pihak berkuasa. Sabit kesalahan penjara maksima 15 tahun tuan-tuan. Berbeza tak dengan negara kita?

Malah Ferguson juga menyarankan hukuman yang lebih berat dikenakan kepada para penonton (nak pulak yang jenis terkinja-kinja macam beruk sakit gigi tu). Geram je kami tengok perangai sorang-sorang.

Malah ahli majlis bandaraya New Orleans, Oliver Thomas menyatakan yang New Orleans bukannya Gotham City dan bukan Joker dan Penguin yang berkuasa di bandar ini. Ooo…datang Malaysia yang bos, sini ramai Joker.

Google ads
Back to top button