BuletinMotosikal

BENELLI RFSi 150 TAMPIL DENGAN GRAFIK TRICOLOR – HAIL ITALIANO!

Benelli RFS 150iLE kini tampil dengan grafik baru edisi terhad. Ia kini didatangkan liveri yang cukup menyerlah, setahun selepas ia diperkenalkan kepada umum.

Hanya 5000unit sahaja yang dikeluarkan.

Warna motosikal ini yang diinspirasikan dari bendera Itali yang merupakan tempat asal Benelli.

Ia juga dilengkapi tuil brek dan klac boleh laras. Selain itu, jentera ini juga dilengkapi spring monoshock dari Kayaba.

Nombor siri khas edisi terhad akan dipaparkan pada motosikal. Sementara itu, semua pembeli Benelli RFS150iLE juga akan diberi sijil khas yang ditandatangani oleh Mr. Marco Bellucci, Ketua Pengarah Teknikal Benelli Itali.

Harga jualan hanya RM 7,488.00 tidak termasuk cukai jalan dan insurans.

Spesifikasi RFS 150i

Enjin dan Transmisi Isipadu(cc) 149.8
Jenis Enjin 157FMJ-3
Mod Enjin 1-Silinder / 4 – Lejang /4 –Injap / SOHC
Gerek x Lejang (mm) ø57×58.7
Kuasa Maksimum 11.3kW/8500 r/min
Tork Maksimum 13.0N.m/7000 r/min
Nisbah Mampatan 11.3:1
Sistem Bahan Api EFI
Pencucuh TLI
Penghidup Elektrik
Sistem Pelincir Tekanan Pelincir Pancutan
Sistem Penyejuk Water-cooled
Kotak Gear 6 – Kelajuan
Transmisi Pacuan Akhir Rantai
Jenis Klac Basah, Plat Berganda
Ukuran Fizikal Berat (kg) 126
Tinggi Pelana(mm) 787
Panjang Keseluruhan (mm) 2021
Lebar Keseluruhan (mm) 764
Tinggi Keseluruhan (mm) 1267
Kelegaan Bumi (mm) 160
Tapak Roda (mm) 1325
Casis dan Dimensi Jenis Kerangka Straddle type
Suspensi Hadapan Fork Teleskopik
Jarak Suspensi Hadapan (mm) 88
Suspensi Belakang Teleskopik gegelung spring Kayaba teredam minyak
Jarak Suspensi Belakang (mm) 17
Tayar Hadapan 70/90-17
Tayar Belakang 120/70-17
Brek Hadapan Cakera
Diameter Brek Hadapan (mm) 240
Brek Belakang Cakera
Diameter Brek Belakang (mm) 220
Spesifikasi Lain    
Berat Keseluruhan (kg) 171
Isi Tangki Bahan Api (L) 4.8
Batteri 12V6Ah(YTX7L-BS)

 GALERI

Google ads
Back to top button