Buletin

PERLUMBAAN VIOS CHALLENGE CATAT LEBIH 2 JUTA TONTONAN DALAM TALIAN

Biarpun masih lagi terikat oleh SOP dalam usaha mengekang penularan wabak COVUD-19, acara perlumbaan Vios Challenge yang berlangsung semalam tetap mendapat sambutan hangat. 

Buktinya, perlumbaan Pusingan 2 yang disiarkan secara langsung di laman web dan FB rasmi Toyota Malaysia itu berjaya mencatat lebih dua juta tontonan. Cuaca hujan yang bermula sejak perlumbaan pertama lagi membuatkan ramai penonton teruja. 

Permukaan litar yang licin dan jarak pemandangan terhad menyaksikan beberapa insiden kemalangan berlaku. Namun, ia nyata tidak menurunkan semangat para pelumba yang telah mencuba sehabis baik untuk mencatatkan keputusan terbaik buat pasukan masing-masing. 

Kelas Super Sporting menyaksikan pelumba pasukan Faour M7 Japan, Syafiq Ali menguasai perlumbaan dan diekori rapat oleh rakan sepasukan, Faidzil Alang. Haiden Haikal dan pemenang Pusingan 1, Mitchell Cheah terpaksa berpuas hati di tempat ketiga dan keempat. 

Hujan yang semakin lebat memaksa saftety car untuk keluar sebelum bendera merah dikibarkan. Akhirnya, Syafiq berjaya mengekalkan kedudukan di tempat pertama. Manakala Mitchell memperbaiki kedudukan dengan berada di posisi kedua dan Faizil Alang di tempat ketiga 

Perlumbaan Kelas Sporting diteruskan dalam keadaan litar masih basah. Namun, keadaan tersebut memberi kelebihan kepada pelumba pasukan Crestmax Motorsport, Adam Khalid yang berjaya naik dari kedudukan ke-15 untuk menjadi juara. 

Di tempat kedua dan ketiga ialah Mirza Syahmi Mahzan dan Eric Yong dari pasukan Aylezo Motorsport. 

Kelas Rookie pula menyaksikan pelumba muda Amer Harris menguasai litar di hadapan Mika Hakimi dan Putera Adam yang baru berusia 14 tahun. Ini merupakan keputusan podium kedua buat Amer pada hujung minggu lalu selepas menduduki tempat ketiga pada Sabtu 

Keputusan dalam Kelas Promotional seperti meniru apa yang berlaku pada Race 1 dengan Shukri Yahaya berjaya mengekalkan kejuaraannya dua hari berturut-turut. Sekali gus mengecewakan Nabil Ahmad dan Zizan Razak di tempat kedua dan ketiga.

Bermula di kedudukan kelima, Shukri terus memberi tekanan kepada pelumba di hadapannya sebelum berjaya memotong satu demi satu pellumba seperti Wany Hasrita, Akio Takeyama, Nabila Razali dan Khai Bahr. 

Dengan dua kemenangan, Shukri dan Zizan memiliki peluang cerah untuk merebuat gelaran juara keseluruhan dalam kelas berkenaan. 

Pusingan ketiga yang juga merupakan perlumbaan terakhir musim Vios Challenge kali ini bakal diadakan pada 2021 November di Litar Antarabangsa Sepang, tetapi pada waktu malam! 

Google ads
Back to top button