Buletin

BMW MALAYSIA LANCAR EV BMW iX3. 80kWh, 461KM, BERMULA RM336K

BMW Malaysia hari ini mengumumkan ketibaan jentera elektrik BMW iX3 yang sudah boleh ditempah di beberapa pengedar sah BMW terpilih di seluruh negara.

Hadir dalam dua varian iaitu Inspiring dan Impressive, EV berkenan dilengkapi pakej M Sport sebagai ciri standard. Ia  dikuasakan oleh motor elektrik dengan bateri lithium-ion 80kWh yang mampu menawarkan jarak sejauh 461 kilometer (WLTP).

BMW iX3 juga menyokong pengecasan DC segera dengan kadar setinggi 150kW untuk pengecasan sehingga 80 peratus dalam tempoh 32 minit. Pengecasan AC dengan kadar 11 kW disokong melalui sambungan Type 2 untuk pengecasan sehingga 100% dalam tempoh sekitar tujuh jam setengah.

Varian Inspiring ditawarkan pada harga RM335,800 seunit, sementara varian Impressive berharga RM354,800. Kedua-duanya didatangkan dengan tawaran Inklusif Servis & Pembaikan BMW melibatkan jaminan lanjutan selama 5 tahun dan pakej servis 6 Tahun.

Di samping Power Package hadir bersama BMW i Wallbox dan kabel pengecas standard BMW. Para pemilik juga akan menikmati jaminan bateri selama 8 tahun dan perbatuan sejauh 160,000km. 

Varian BMW iX3 tertentu akan disediakan di pusat pengedaran berikut:

Auto Bavaria

Auto Bavaria akan menawarkan pelbagai opsyen warna luaran untuk varian Impressive. Ini termasuklah M Carbon Black Metallic, Mineral White, Sophisto Grey Brilliant Effect dan Cashmere Silver. Ia juga dilengkapi kemasan dalaman kulit Vernasca berwarna coklat dengan sulaman berwarna hitam.

Seong Hoe Premium Motors

Pusat pengedaran yang terletak di Melaka it akan menawarkan BMW iX3 M Sport Impressive dalam warna Mineral White dan Sophisto Grey Brilliant Effect. Ia dipadankan  dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam.

Quill Automobiles

Quill Automobiles akan menawarkan BMW iX3 M Sport Impressive dalam warna M Carbon Black Metallic dengan kemasan kulit Vernasca dalam warna coklat bersama jahitan hitam. Selain warna Mineral White dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam.

Lee Motors

Pusat pengedaran di Alor Setar itu akan menyediakan BMW iX3 M Sport Impressive dalam warna Mineral White dengan Leather Vernasca dalam warna Mocha berserta sulaman dekor hitam.

Ingress Auto

Salah satu daripada empat pusat pengedaran utama yang menyediakan varian Inspiring, Ingress Auto akan menawarkan BMW iX3 dalam warna Sophisto Grey Brilliant Effect dengan Leather Vernasca dalam warna Mocha berserta sulaman dekor hitam. Manakala BMW iX3 Impressive hadir dalam warna M Carbon Black Metallic dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam.

Wheelcorp Premium

Wheelcorp Premium akan menyediakan BMW iX3 Impressive dalam warna M Carbon Black Metallic  dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam. Varian BMW iX3 Impressive pula dalam warna Cashmere Silver dengan kemasan kuloy Vernasca berwarna Mocha dan sulaman dekor berwarna hitam.

Millennium Welt

Millennium Welt Seremban akan menyediakan BMW iX3 M Sport Inspiring dalam warna Mineral White dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam. Selain warna luaran M Carbon Black Metallic dengan kemasan kulit Vernasca berwarna coklat dan jahitan benang hitam. 

Millennium Welt Batu Pahat pula menawarkan BMW iX3 M Sport Inspiring dalam warna Cashmere Silver dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam.

Millennium Welt Kuantan menawarkan varian Impressive berwarna Sophisto Grey Brilliant Effect dan M Carbon Black Metallic. Kedua-duanya hadir dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam.

Tian Siang Premium Auto

Tian Siang Premium Auto Ipoh akan menyediakan BMW iX3 M Sport Impressive dalam warna Mineral White dengan dengan kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam.

Manakala Tian Siang Premium Auto Butterworth akan menawarkan BMW iX3 M Sport Impressive dalam warna M Carbon Black Metallic dengan kemasan kuloit Vernasca berwarna coklat dan sulaman dekor hitam.

Regas Premium Group

Regas Premium Kota Kinabalu akan menyediakan BMW iX3 M Sport Impressive dalam warna Mineral White dengan  kemasan kulit Vernasca berwarna hitam bersama jahitan benang biru dan hitam. 

Regas Premium Auto, Kuching pula akan menawarkan varian Impressive didatangkan dengan kemasan kulit Vernasca berwarna coklat dan sulaman dekor hitam.

Program pembiayaan dinamik

Dengan pelan ‘Balloon Financing’ daripada BMW Group Financial Services Malaysia, BMW iX3 M Sport Inspiring dan BMW iX3 M Sport Impressive boleh dimiliki dengan bayaran bulanan bermula RM3,518 dan RM3,728 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80% bagi tempoh lima tahun).

GALERI

Google ads
Back to top button