Buletin

PERODUA KOMITED KESELAMATAN PENGGUNA

SHARE
New Triton 4Sure Power -MREC – Desktop

Berikutan isu siasatan sebuah kereta buatan tempatan yang didakwa melanggar peraturan Asean New Car Assessment Program (ASEAN NCAP) baru-baru ini, Perodua tampil memberikan kenyataan.

perodua-logo-mekanika

Dalam siaran akhbar yang dihantar, pengeluar kenderaan nasional itu memberi jaminan kepada pelanggan bahawa sijil yang diterima daripada ASEAN NCAP masih lagi sah.

Perodua juga komited terhadap kepentingan aspek keselamatan dan kesejahteraan para pelanggannya.

Justeru, pihak Perodua mengalu-alukan orang ramai melawat pusat jualan Perodua berhampiran untuk mendapatkan informasi lebih terperinci mengenai ciri-ciri keselamatan kenderaan Perodua.

Perodua-asean-ncap-mekanika (1)

Sebelum ini, ASEAN NCAP ada mengeluarkan kenyataan tentang sebuah kereta buatan tempatan yang didakwa melanggar peraturan dengan membuang salah satu bahagian keselamatan pada kereta ujian.

Pihak ASEAN NCAP menerima laporan bahawa bahagian atas tether fitment yang memegang kerusi kanak-kanak telah dibuang. Bahagian tersebut dipasang di kereta berkenaan ketika ujian dilakukan bagi mendapatkan penarafan. Namun, setelah memperoleh penarafan, bahagian tersebut telah dibuang.

Perodua-asean-ncap-mekanika (1)

Tindakan tidak bertanggungjawab itu dipandang serius. Maka pihak pengeluar berkenaan perlu memberikan surat tunjuk sebab dan mengatasi masalah berkenaan. Kemungkinan model kereta berkenaan akan diuji semula dengan spesifikasi yang lebih rendah atau total penarafannya akan digantung.

Bagaimanapun, pihak ASEAN NCAP tidak mendedahkan model kereta dan pengeluar yang terbabit.

Tags
Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button
Close