Buletin

HARGA KERETA NISSAN MUNGKIN NAIK MULAI 2016

Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM) hari ini mengumumkan bahawa harga model-model Nissan mungkin akan dinaikkan jika nilai Ringgt terus susut.  

Nissan-NP300-Navara-2015-mekanika (2)

Penyusutan nilai Ringgit telah memberi kesan kepada perniagaan ETCM. Dalam iklim ekonomi yang cukup mencabar ini, ETCM telah melaksanakan pelbagai langkah rasionalisasi kos untuk mengurangkan kesannya.

Biarpun begitu, ETCM mengakui sebahagian kos itu terpaksa dialihkan kepada pengguna menerusi kenaikan harga kenderaan.

Nissan-price-revised-2016-mekanika (2)

“Syarikat akan terus mencari jalan untuk menilai peluang dan operasi strategik bagi memastikan harga kenderaan Nissan tidak berubah untuk tahun ini,” kata Pengarah Eksekutif ETCM, Datuk Dr. Ang Bon Beng.

Sebelum ini, UMW Toyota Motor ada mengumumkan ia akan menaikkan harga kenderaannya mulai 2016.

Google ads
Back to top button