Motosikal

VESPA LXV 150 3V IE

Para peminat skuter Vespa sekalian, ada berita baik untuk anda. 

SONY DSC

Pagi tadi, pengedar dan pengimport rasmi skuter jenama Vespa di Malaysia, Naza Premira Sdn. Bhd (Naza Premira) melancarkan model Vespa terbaharu, dikenali sebagai Vespa LXV 150 3V i.e.

SONY DSC

Vespa moden (Vespa LX 150) mula memasuki pasaran negara sejak tahun 2011. Sejak itu, ia berjaya menambat hati ramai pengguna yang mahukan sebuah skuter penuh gaya dan ikonik. Dalam tempoh itu, lebih 2,000 unit  telah berjaya dijual.

Menerusi pengenalan Vespa LXV 150 3V i.e. Naza Premira yakin dapat menggandakan jumlah jualan kepada 2,000 unit pada tahun ini sahaja.

SONY DSC

“Bagi terus meningkatkan kesedaran ke atas jenama ini, Naza Premira akan melancarkan tiga lagi model baharu pada tahun ini. Mengenai barangan khas  (merchandise) Vespa pula, kami akan menambah variasinya dari semasa ke semasa,” kata Naib Presiden Naza Two Wheels, Nik Danial Nik Mahmood.

SONY DSC

Sekilas pandang, jentera itu masih mengekalkan struktur luaran Vespa LX 150. Tampil dengan rekaan klasik Vespa tahun 1960-an, skuter tersebut nyata menyerlah menerusi kemasan kromium pada hendal, lampu utama berbentuk bulat dan dua tempat duduk yang dibalut kulit asli.

SONY DSC

Penambahbaikan paling ketara pada Vespa LXV 150 3V i.e. ialah aplikasi enjin tiga lejang, tiga injap bersesaran 150c yang dilengkapi sistem pancitan bahan api elektronik. Faedahnya? Mestilah ia menawarkan lebih kuasa, cekap dan menjimatkan penggunaan petrol sehingga 30 peratus berbanding model terdahulu.

SONY DSC

Enjin dengan sistem penyejukan udara itu mampu menghasilkan kuasa sehingga 8.7kW @ 7,500rpm dan tork puncak 12Nm @ 5,000 rpm. Bagi memberikan kualiti tunggangan yang lancar, enjin tu kemudian dipadankan bersama kotak gear automatik CVT.

SONY DSC

Dibangunkan di kilang Vespa di Pontedera, Itali, enjin 3V i.e. telah menjalani penyelidikan terperinci bagi mengurangkan geseran dan meningkatkan dinamik bendalir di dalam enjin.  Ia juga menepati piawaian emisi Euro 3.

SONY DSC

Vespa LXV 150 3V i.e. didatangkan dalam tiga warna menarik iaitu biru, merah hati dan beige. Jentera ikonik yang dipasang di kilang Vespa di Hanoi Vietnam ini boleh anda miliki pada harga RM12,400 seunit (di atas jalan termasuk insurans).

[hr]GALERI

SONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSCSONY DSC

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button