
PERODUA TWECKBOT KEMBALI
Projek Perodua berasaskan kepada sosial media, Perodua Tweckbot kini kembali untuk tahun keempat.
Program itu menawarkan pemeriksaan kenderaan 50 poin secara percuma sempena sambutan Tahun Baru Cina. Sebanyak empat pasukan Perodua Tweckbot akan digerakkan dalam tempoh 14 hari di Semenanjung Malaysia demi membantu para pelanggan memastikan kenderaan mereka selamat dipandu untuk perjalanan jauh.
“Kami akan memberitahu pelanggan di mana lokasi pasukan Tweckbot di laman web Perodua, twitter, facebook dan iklan di media. Jadi, mereka boleh mengambil manfaat daripada tawaran ini,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh.
Bermula sekarang, pasukan Perodua Tweckbot akan menjalankan pemeriksaan percuma di pusat beli-belah terpilih di Cheras, Kepong, Ipoh, Skudai, Sungai Petani, Seberang Perai dan Taiping.
Ia melibatkan pemeriksaan enjin, sistem penyejuk, brek (termasuklah cecair brek dan brek pad), stereng kuasa, tayar, suspensi serta elektrikal (bateri, lampu dan penggilap cermin).
Selepas pemeriksaan tersebut, pelanggan yang menghantar kenderaan mereka ke pusat servis Perodua yang sah layak menerima diskaun sebanyak 20 perarts untuk alat ganti dan aksesori.
Jadual Lokasi Tweckbot 2014
No | Tarikh | Lokasi | Lokasi cadangan |
1 | 24,25 & 26 Jan | KL & Selangor |
|
2 | 24, 25 & 26 Jan | Ipoh |
|
3 | 7,8 &9 Feb | JB |
|
4 | 7,8 &9 Feb | Taiping, Sg Petani & Seberang Perai |
|