Modifikasi

SUBARU FORESTER T/TB

Ini ialah SUV paling ‘true’ dalam sejarah penghasilan kenderaan kerana mana ada orang buat SUV rendah dan sporty.

SONY DSC

Kalau hendak diukur kejayaan dari segi jualan, memang kalah dengan Hyundai Sonata. Tetapi sekarang saya mahu bercakap bercakap tentang ‘true’. Untuk menghasilkan kereta yang sebenar bukannya boleh duduk depan komputer sahaja.  Ia perlu lahir dari jiwa, pembaharuan yang berani dan keputusan yang tidak disenangi oleh mereka di jabatan pemasaran.

Kereta-kereta true ini juga tidaklah boleh membuatkan syarikat menjadi kaya, kecuali taukenya memang kaya macam Tesla. Kalau pembuat kenderaan secara komersial, jarang-jarang Lembaga Pengarah luluskan projek luar biasa. Lebih baik hasilkan kereta seperti Vios berulang kali yang sudah tentu boleh jual.

subaru forester MT (16)

Nama pemilik kereta ini ialah Sham. Nama kereta ini pula ialah Subaru Forester. Kalau hendak senang faham, kod kereta ialah SF5 dengan kod trim T/Tb yang merupakan Forester spesifikasi penuh.

Kereta ini dilahirkan di Jepun pada tahun 1996 dan dibawa masuk ke Malaysia pada tahun 2000. Tidak semua orang boleh terima konsep kereta SUV untuk dijadikan kereta sport. Namun, Subaru Forester memang mampu menambat hati ramai orang. Apatah lagi kalau spesifikasinya kotak gear manual. Memang susah nak dapat. Mungkin 9 daripada 10 Forester yang kita jumpa ialah transmisi automatik.

subaru forester MT (7)

Enjin kereta tidak banyak diusik dari segi mekanikalnya. Pengubahsuaian paling besar yang dibuat oleh Sham adalah mengalihkan posisi intercooler dari bahagian top mount kepada front mount. Intercooler custom yang dipasang bermaksud panjanglah laluan paip berselirat dari throttle body, air filter dan turbonya.

Paip keluli stainless steel disambungkan dengan keluli biasa yang dicat warna merah. Kira stail AMS lah sikit. Sambungan di antara paip-paip dibuat dengan hos Samco dan radiator hos Billion. Penapis udaranya pula jenama Blitz.

subaru forester MT (1)

Enjin EJ20 pada Forester merupakan enjin boxer paling ‘true’ mengikut pendapat pemilik Subaru. Bunyi boxer itu memang lebih bergetar-getar kalau dibandingkan dengan generasi GDA 7 ke atas. Apabila ditukar dengan ekzos set HKS Hiper Silent, memang sedap ritmanya.

Kotak gear manual lima kelajuan sudah tentulah kelebihan ketara pada sebuah Forester. Bolehlah nak menyakat Airtrek semi auto ataupun Evolusi GTA yang pura-pura kelihatan manual itu.

SONY DSC

Bila nak menyakat, sudah tentulah suspensi ibu mengandung asalnya perlu diganti. Sham memilih jenis adjustable TEIN. Rim pekak dari kilang Fuji Heavy Industries digantikan dengan rim Wedsport SA70 18 inci. Tayarnya ialah Falken Ziex bersaiz 225/45/18.

Menukar karekter sebuah SUV pergi pasar kepada street racing dibuat dengan menggantikan tempat duduk Impreza. Tempat duduk asal siap ada perehat tangan macam Estima. Gagal betul. Kerusi dan panel pintu dari Impreza dibalut dengan kulit.

subaru forester MT (5)

Bahagian kosmetik luarannya pula menampilkan rekaan kit daripada Sti. Versi asal SF5 Sti sangatlah rare dalam industri boxer. Jadi, mencari bodykit asli sudah tentulah tidak senang. Sham memang terer dapat semua bampar depan dan belakang versi facelift.

[hr]SPESIFIKASI

Model / tahun: Subaru Forester T/Tb, tahun 1997/2000

Enjin: EJ20 turbo. Stainless steel piping, penapis udara Blitz, E-Manage

Transmisi: Manual 5 kelajuan, klac trinity

Suspensi: TEIN boleh laras

Brek: Standard SF5

Rim: Wedsport SA70 18

Tayar: Falken Ziex 225/45

Luaran: Bodykit SF5 facelift Sti. Sunroof dan spoiler JDM

[hr]GALERI 
subaru forester MT (3)subaru forester MT (4)subaru forester MT (6)subaru forester MT (8)subaru forester MT (13)subaru forester MT (18)

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button