Pandu Uji

VW POLO 1.6 CKD

Baru-baru ini, Volkswagen Group Malaysia (VGM) memperkenalkan model pemasangan tempatan (CKD) ketiganya, Polo 1.6 ke pasaran tempatan. 

SONY DSC

Mula diperkenalkan kepada orang ramai pada acara Kuala Lumpur International Motor Show (KLIMS 2013) tahun lalu, anda sudah boleh melihat Polo 1.6 secara dekat di mana-mana bilik pameran Volkswagen di Semenanjung Malaysia.

Polo CKD (4)

Polo 1.6 ditawarkan pada harga RM87,888 seunit. Namun, bagi 500 unit pertama, pembeli akan ditawarkan dengan harga istimewa iaitu RM85,888.

Polo CKD (3)

Sedia maklum bahawa sebelum ini Polo didatangkan dalam bentuk import sepenuhnya (CBU). Model tersebut dikuasakan oleh unit enjin TSI bersesaran 1.2 liter yang dipadan bersama kota gear DSG tujuh kelajuan.

Polo CKD (6)

Namun, Polo 1.6 CKD menggunakan enjin Multi Point Injection (MPI) 16 injap berkuasa 105PS dan tork 153Nm yang dipadankan dengan transmisi automatik enam kelajuan bersama ciri Tiptronic. Angka itu menjadikannya antara model paling berkuasa dalam kelasnya. Kombinasi sama yang boleh anda dapati pada model Polo Sedan.

Polo CKD (2)

Jentera itu bukan sekadar berkuasa, malah menawarkan penjimatan bahan api yang bagus. Ia hanya memerlukan 6.3 liter petrol untuk setiap 100 kilometer. Penjimatan itu digabungkan bersama prestasi pengendalian terbaik menerusi olengan tubuh yang minimum dan nyata lebih stabil. Ini sekali gus memberi keyakinan kepada pemandu dan penumpangnya.

Polo CKD (5)

Di bahagian kabin, Polo 1.6 dilengkapi sistem radio RCD 320 yang hadir bersama ciri-ciri seperti pemain CD tunggal, WMA/MP3, USB, iPod, sokongan AUX-IN, slot kad SD, serta ketersambungan Bluetooth untuk telefon bimbit dan penstriman audio.

Kereta kompak ini juga didatangkan dengan sistem pendingin hawa automatik Climatronic.  Di samping cruise control dan tingkap kuasa kawalan jauh.

New Polo 1.6_Exterior_Front view (5)

Tidak berkompromi dengan aspek keselamatan, Polo 1.6 dilengkapi dua beg udara (Polo TSI ada empat beg udara), Intelligent Crash Response System (ICRS), ISOFIX, ABS dengan Brake Assist (BA), Park Distance Control (PDC) dan sistem imobilisasi elektronik.

Polo CKD (1)
Dari segi penampilannya pula, Polo 1.6 mengekalkan rekaan ringkas yang menyerlahkan DNA Volkswagen. Ia dipasang dengan rim aloi Riverside bersaiz 15 inci, dua bar gril krom dan rekaan lampu belakang yang baru.

Jika berminat, Polo 1.6 ditawarkan dalam lima warna menarik iaitu putih, merah, kelabu, perak dan hitam. Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.volkswagen.com.my

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button