Artikel PilihanBuletin

PERTAMA DI DUNIA. HYUNDAI GUNA TEKNOLOGI PENGESANAN CAP JARI

Hanya masa yang akan menentukan bila teknologi pengesanan individu seperti cap jari, retina, pengesanan wajah dan iris akan digunapakai dalam industri automotif. Hyundai menjadi yang pertama mengumumkannya dan akan menjadikannya peralatan standard pada model SUV mereka – Santa FE.

Hyundai mempamerkan teknologi ini pada pameran di China. Ya. China akan mendapatnya terlebih dahulu dan diikuti oleh negara-negara lain.

Sebagai permulaan, pengesan biometrik  cap jari ini dipasangkan pada pintu dan juga suis penghidup. Kedengaran macam mudah kan? Ya. Secara asasnya, tetapi Hyundai buat lebih lagi dengan membuat profil individu berdasarkan cap jari tersebut.

Menerusi rekod pemandu, kereta ini akan disesuaikan dengan profil seperti kedudukan kerusi dan posisi cermin sisi.

Mungkin ramai yang skeptik dengan tahap keselamatan sistem ini. Menurut kajian Hyundai, teknologi pengesanan cap jari pintar ini adalah sangat tepat. Kesilapan pengesanan hanya boleh berlaku satu dalam 50,000. Ia lebih selamat dari penggunaan kunci tradisional, termasuklah kunci pintar (smart key)

Sistem sensor ini juga belajar dari pengesan itu sendiri. Ia akan memperbaiki tahap pengesanan menerusi “dynamic update” yang membolehkannya meningkatkan patern cap jari yang sama. Sama seperti ciri-ciri pada telefon pintar moden.

“Pada masa hadapan, Hyundai Motor merancang untuk tingkatkan lagi personaliti profil menerusi talaan suhu dalaman, posisi roda stering dan berbagai lagi,” ujar Albert Biermann, Presiden Divisyen R&D Hyundai Motor Company.

 

 

Google ads
Back to top button