Buletin

PERUBAHAN BESAR DI LOTUS GROUP – FENG QINGFENG DILANTIK SEBAGAI CEO BAHARU

Zhejiang Geely Holding Group (Geely Holding), semalam mengumumkan bahawa Ketua Pegawai Eksekutif Group Lotus, Jean-Marc Gales telah ditukar berkuat kuasa serta merta.

Jawatan itu kini disandang oleh Naib Presiden dan Ketua Pegawai Teknikal Geely Auto Group, Feng Qingfeng. Jean-Marc Gales dilapor meninggalkan kedudukan itu atas sebab-sebab peribadi dan akan dilantik sebagai Ketua Penasihat Strategik kepada Pengerusi Lotus, Daniel Donghui Li.  

Geely Holding yang menguasai saham Group Lotus in 2017, berterima kasih atas sumbangan Gales sejak mengetuai syarikat tersebut empat tahun lalu.  

“Jean-Marc telah berjaya menstabilkan dan membuatkan Lotus kembali untung buat pertama kali dalam sejarahnya menerusi produk-produk yang mendahului industri dan model perniagaan unik.

“Lotus dijangka terus cemerlang di bawah pimpinan Feng Qingfeng yang pakar dalam material ringan dan kejuruteraan kereta sports,” kata Donghui Li.  

Feng Qingfeng yakin bahawa Lotus mempunyai peluang untuk mencapai potensi terbaik sebagai jenama kereta sports mewah, berdasarkan kepada warisan kejuruteraan dan produk masa depannya.

Pada tahun 2017, Group Lotus telah menjual 1,600 unit kenderaan, naik 10 peratus berbanding tahun sebelumnya.   

Google ads
Back to top button