BuletinMotosikal

MV AGUSTA BRUTALE 800 RR LH44 EDISI LEWIS HAMILTON

Lewis Hamilton sepertimana yang kita semua kenali sebagai pemandu ulung kereta Formula Satu. Tapi selain kereta, beliau sebenarnya seorang peminat motosikal.

Juara dunia itu telah menjalinkan kerjasama dengan MV Agusta untuk menghasilkan sebuah model edisi terhad.
 
Edisi yang dikenali sebagai LH44 ini dibina berdasarkan model Agusta Brutale 800 RR – Model naked dengan enjin tiga silinder 800 cc yang mampu menghasilkan 140 hp (103 kW) dan 64 lb-ft (87 Nm) tork.
 
Ia hanya seberat 72 k dan mampu memecut sehingga 244 km sejam.
 
Edisi khas ini didatangkan dengan kemasan itimewa. Antaranya ialah potongan CNC aluminium untuk perumah klac dan pelindung enjin. Begitu juga dengan penutup tangki bahanapi.
 
Selain itu, terdapat kemasan gentian karbon bersama dengan lapisan seramik untuk komponen utama. Paling menonjol ialah skema warna yang dihiasi dengan warna merah dan hitam yang direka bentuk bersama oleh pasukan reka bentuk dalaman Hamilton dan MV Agusta.
 
GALERI
 
Google ads
Back to top button