Buletin

PETRONAS LANCAR PRIMAX 95 DENGAN PRO-DRIVE – SUDAH ADA DI SEMUA STESEN PETRONAS SEKARANG

Petronas Dagangan Berhad (PDB) hari ini melancarkan petrol terbaharunya, Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive yang menjanjikan pemanduan lancar, enjin responsif dan tahap kecekapan bahan api lebih baik.

Bahan api itu menampilkan ciri Dual Friction Modifier yang pertama di dunia. Ia membantu mengurangkam geseran sehingga 20 peratus berbanding Single Friction Modifier.

Petrol baharu itu juga mengandungi Double Detergent untuk meningkatkan agen pembersihan bahan api bagi menghapuskan sehingga 99 peratus deposit karbon. Sementara sifat kimia anti-kakisan dapat memberi 2 kali perlindungan enjin.

Rumusan Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive adalah hasil kemudahan penyelidikan dan pembangunan Petronas di Eropah dan Amerika Syarikat. Kemudahan itu membantu Mercedes-AMG PETRONAS F1 untuk mencatat rekod World Constructors Championship selama lima tahun berturut-turut.

Pasukan juruteranya berjaya menghasilkan rumusan bahan api yang mampu memenuhi keperluan teknologi apa jua jenis enjin.

“Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive merupakan hasil maklum balas daripada tinjauan yang kami jalankan. Kami dapati pelanggan mahukan pemanduan yang lebih lancar, prestasi enjin responsif dan bersih,” kata Ketua Pegawai Eksekutif PDB, Dato’ Sri Syed Zainal Abidin.

Kedai Mesra baharu

Selain petrol, PDB memperkenalkan Kedai Mera baharu. Ia melibatkan penambahbaikan dari segi penawaran produk, termasuklah makanan dan minuman bagi melengkapkan produk tanda Petronas, [email protected]

Sehingga kini, lebih 100 stesen minyak Petronas di Lembah Klang menyokong perkhidmatan Setel, satu aplikasi pintar bayaran tanpa tunai pertama di Asia Tenggara. Setel membolehkan pelanggan membeli bahan api dari dalam kenderaan mereka.

PDB juga melancarkan trak ROVR, penghantaran bahan api mudah alih yang inovatif. ROVR akan berada di jalan raya untuk mengisi semula minyak pelanggan fleet.

Sempena pelancaran petrol baharu ini, pemandu akan menerima diskaun sebanyak RM1 di Kedai Mesra melalui setiap pembelian Petronas Primax 95 dengan Pro-Drive sebanyak RM30 di semua stesen Petronas di seluruh negara.

Google ads
Back to top button