Buletin

PEUGEOT 108

“Dalam tempoh hanya dua tahun, Peugeot berjaya memperbaharui produknya dalam segmen A, B dan C. Hari ini, kami berbangga untuk memperkenalkan model Peugeot 108 yang mampu memenuhi ekspektasi pelanggan,” kata Pengurus Besar Automobiles Peugeot, Maxime Picat. 

Peugeot 108 (8)

108 ditawarkan dalam dua gayaan iaitu 108 Hatchback dan 108 TOP! yang dipasang bumbung fabrik boleh lipat. Dengan saiz sepanjang 3.27 meter dan selebar 1.62 meter, 108 pasti mudah dipandu di bandar.

Bahagian hadapannya diserlahkan melalui rekaan gril radiator, lampu utama dan corong pengambilan udara yang rendah. Ia juga dilengkapi sepasang lampu DRL dengan butiran LED.

Peugeot 108 (1)

Sarat dengan karekter, pembeli 108 boleh memilih warna yang ditawarkan seperti emas tembaga dan ungu. Sebagai tambahan, terdapat tiga warna ambien dan enam pilihan kemasan dalaman. Bagi yang membeli varian 108 TOP! pula, mereka boleh memilih antara tiga warna bumbung iaitu hitam, kelabu atau ungu.

108 membawa kereta bandar ke era baharu dengan skrin sentuh yang besar pada bahagian tengah papan pemukanya. Paparan bersaiz tujuh inci itu menjadi penghubung di antara pemandu dengan 108. Ia merupakan antara muka untuk sistem audio, komputer trip, talaan kenderaan dan ketersambungan Bluetooth untuk telefon bimbit.

Peugeot 108 (6)

Pemandu boleh menyambung aplikasi telefon menggunakan aplikasi Mirror Screen. Fungsi itu beroperasi menerusi teknologi MirrorLinkTM untuk telefon Android, RIM dan Windows. Telefon dengan sistem IOS Apple pula menggunakan aplikasi AppIenCar.

Jentera kompak itu dikuasakan oleh empat unit enjin tiga silinder yang cekap iaitu:

  • 1.0 liter e-VTi 68bhp lima kelajuan manual – 88g/km CO2 Stop & Start
  • 1.0 liter VTi  68bhp lima kelajuan manual – 95g/km CO2
  • 1.0 liter VTi 68bhp lima kelajuan electronik – 97g/km CO2,
  • 1.2 liter PureTech VTi 82bhp lima kelajuan manual – 99g/km CO2

Peugeot 108 (9)

Sistem gantungannya terdiri daripada gandar hadapan McPherson dan deformable rear beam untuk roda belakang. Kombinasi sistem suspensi itu dikatakan mampu mengurangkan berat keseluruhannya.

Pemandu dan penumpang 108 dilindungi dengan enam beg udara dan ISOFIX yang merupakan ciri standard. Di samping sistem brek ABS, EBD, Emergency Collision Braking System dan ESP. Kuasa membrek pula ditugaskan kepada brek cakera ventilasi di hadapan dan brek gelendong pada roda belakang.

Peugeot 108 (3)

108 dijangka dipamerkan untuk tatapan umum pada acara Geneva International Motor bulan depan!

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button