Buletin

TOYOTA ECO YOUTH 2014 BERMULA

Toyota Eco Youth (TEY) 2014 dilancarkan secara rasmi semalam, sekali gus menandakan bermulanya kalendar aktiviti alam sekitar bagi 16 buah sekolah yang mengambil bahagian dari seluruh negara. 

TEY 2014 (2)

Sudah memasuki tahun ke-14, program itu menjadi satu daripada tiga tunggak penting bagi aktiviti tanggungjawab sosial korporat UMW Toyota Motor. Ia dirasmikan oleh Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia, Datuk Dr. Khair Mohamad Yusof bersama Presiden UMW Toyota Motor, Datuk Ismet Suki.

Bagi merancakkan lagi saingan tahun ini, UMW Toyota Motor menambah hadiah wang tunai. Sekolah yang menjadi juara pada tahun ini akan menerima hadiah utama sebanyak RM10,000 tempat kedua RM7,000 dan ketiga RM5,000.

TEY 2014 (3)

Matlamat utama TEY adalah untuk meningkatkan kemahiran berfikir secara kritikal pelajar melalui penerapan Kaedah Penyelesaian Masalah 8 Peringkat yang dipelopori Toyota. Justeru, para pelajar yang terlibat ini nanti membesar sebagai penggerak masyarakat setempat dan berupaya untuk mencari penyelesaian sendiri serta kurang bergantung dengan orang lain.

Mula dianjurkan pada 2001, TEY pada awalnya hanya melibatkan penyertaan daripada lapan buah sekolah sekitar Lembah Klang. Ia kemudian dikembangkan dan menerima penyertaan dari seluruh negara. Pada 2011, program itu mula melibatkan komuniti di sekitar sekolah yang mengambil bahagian.

TEY 2014 (4)

Para pelajar ditugaskan untuk mencari penyelesaian kreatif dan praktikal terhadap masalah alam sekitar yang dihadapi oleh komuniti di sekitar mereka. Mereka juga perlu mendokumentasikan pengalaman sepanjang program TEY melalui catatan di blog, bagi meraih sokongan dan publisiti. Penilaian akan dibuat berdasarkan aspek pengurusan projek, kandungan blog, persembahan akhir dan kesan terhadap mereka yang terlibat.

Maklumat lanjut, sila layari laman web: www.toyotaecoyouth.com.my atau blog khusus TEY www.ecoyouthblog.toyota.com.my.

Google ads

admin

mekanika.com.my / permotoran gaya baru untuk generasi baru.
Back to top button