Artikel Pilihan

PEUGEOT HOGGAR – MODEL UTILITI SILAM KELUARAN DARI BRAZIL

Lama dahulu, pengeluar kenderaan terkemuka dari Perancis, Peugeot juga pernah mengeluarkan model utiliti / pikap yang dihasilkan daripada model kereta biasa, sama seperti Proton Arena / Proton Wira. Inilah dia Peugeot Hoggar, sebuah model utiliti / pikap yang kelihatan cukup rare dan bergaya.

Mungkin ada yang berkata macam pernah lihat aja bahagian hadapan Peugeot Hoggar ini kan? Benar mata anda tidak menipu. Reka bentuk bahagian hadapan Peugeot Hoggar ini meminjam dari paras rupa model hatchback terkenal mereka, Peugeot 207.

Sebagai rekod, nama Hoggar ini dipilih bersempena dengan rangkaian gunung di gurun Sahara, Afrika. Dan nama ini juga dipilih daripada salah model Marque mereka bagi membangkitkan gabungan kuasa, kekuatan dan juga aksi.

Peugeot Hoggar ini telah dibina di Brazil oleh Usine PSA, kilang pemasangan yang terletak di Porto Real dan untuk dijual pasaran tempatan Brazil dan juga pasaran Amerika Selatan. Model utiliti yang kelihatan cukup rugged ini diproduksi bermula tahun 2010 sehingga ke tahun 2014.

Pemilihan model utiliti / pikap Peugeot Hoggar yang diambil daripada rangkaian model 207 ini yang terdiri daripada varian hatchback, SW, SW Escapade serta Salon Notchback memberikan indikasi bahawa Brazil pernah menjadi pasaran yang cukup strategik untuk jenama Peugeot di seluruh dunia.

Proses pembuatan Peugeot Hoggar ini tidaklah dibuat secara sambil lewa. Ianya memerlukan pembabitan sejumlah 320 Juruteknik dan Jurutera serta mengambil masa sehingga tiga tahun untuk memastikan model ini benar – benar dapat dihasilkan. Malah ianya juga perlu mematuhi peraturan spesifikasi yang lebih ketat berbanding model persendirian yang biasa.

Secara keseluruhannya, 573 ujian utama telah dijalankan, dan juga beribu-ribu ujian kecil yang berbeza. Secara keseluruhannya, Peugeot Hoggar telah menempuh lebih sejuta kilometer sebelum mula dijual kepada pengguna.

Peugeot Hoggar ialah model pertama yang menggunakan platform gabungan, berdasarkan casis 207 dan Rakan Kongsi tempatan. Dengan cara ini, Peugeot menggunakan pengetahuan tradisionalnya tentang kenderaan utiliti dan, dengan mencampurkan konsep, menawarkan model yang sesuai dengan keperluan pelanggan Brazil, dalam segmen pasaran baharu.

Dan hasilnya, Peugeot Hoggar dengan rupa yang menarik berdasarkan model 207 dengan keupayaan ruang kargo sehingga 1,151 liter dan membawa beban sehingga 742 kg. Pilihan enjin meliputi 1.4 liter dan juga 1.6 liter.

Ketika penghasilan model ini, Peugeot Brazil juga telah memikirkan tentang kebarangkalian untuk tidak hanya pembeli terdiri daripada para peniaga kecil tetapi juga untuk golongan muda. Maka, terdapat varian yang tampil lebih sporty, Escapade yang hadir dengan beberapa aksesori tambahan di bahagian bampar dan juga body cladding.

Sekarang ini kalau check Mudah cawangan Brazil, entah berapalah pula harga pasaran terpakai Peugeot Hoggar ini kan?

BACA : SEGALANYA TENTANG PEUGEOT LANDTREK

BACA : PROTON ARENA GST V GARAGE UTE

Google ads

B K

Back to top button