Buletin

SEGALANYA TENTANG PEUGEOT LANDTREK

Bila sebut kenderaan pacuan 4×4 pikap, perkara pertama yang terbayang dalam kepala ialah Hilux ataupun 20 tahun dulu Storm. Padahal banyak lagi jenama lain yang dijual di pasaran seperti Isuzu D-Max, Nissan Navara, Mitsubishi Triton, Ford Ranger dan juga Mazda BT-50. Tapi kena ingat, jenama lain pun ada jual kenderaan pikap ini.

Mercedes cuba memasuki pasaran kenderaan pikap dengan X Class tapi kurang berjaya. Volkswagen pula ada model Amarok yang dijual di Eropah, Renault Alaskan (kembar Navara) dan juga Peugeot Landtrek. Ya tuan-tuan Peugeot juga ada menghasilkan pikap 4×4. Mari kita baca fakta pantas berkenaan model Peugeot Landtrek ini.

1. Sebelum kelahiran Landtrek, Peugeot ada menghasilkan beberapa kenderaan pikap seperti model 404 pikap, 504 dan juga 207 Hoggar. Kesemua pikap ini dihasilkan bagi menyokong pengguna dalam industri IKS di negara yang dipasarkan.

2. Landtrek ini merupakan satu produk kerjasama antara Peugeot dan juga pengeluar dari China iaitu Changan Auto. Platform yang digunakan adalah berasaskan platform yang sama digunakan oleh Changan Kaicheng F70.

3. Terdapat 3 rekaan asas yang akan dipasarkan kelak seperti kabin tunggal (single cab), kabin berkembar (double cab) dan juga cabin dengan cesi dimana pelanggan boleh mengubahsuia rekaan belakang menjadi motohome ataupun ambulans

4. Kesemua model memiliki lebar sekitar 1.92 meter, panjang 5.39 meter (single cab) 5.3 meter untuk double cab. Berat Landtrek ialah sekitar 1900kg sehingga 2060kg bergantung pada varian. Ia mampu membawa beban seberat 1 tan dalam satu masa. Jarak kelegaan bumi ialah sekitar 214mm

5. Terdapat 2 pilihan enjin yang akan dibekalkan oleh Peugeot samaada 2400cc petrol dengan turbo yang menghasilkan 210 kuasa kuda dan 320Nm tork. Enjin ini akan dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual yang dihasilkan oleh Getrag atau 6 kelajuan automatik yang dihasilkan oleh Punch (hmmmm macam pernah dengar je)

6. Satu lagi enjin yang digunakan ialah 1900cc turbodisel yang dibekalkan oleh Isuzu. Untuk pengetahuan pembaca Isuzu merupakan antara pengeluar enjin disel terbesar di dunia. Enjin ini akan menghasilkan 150 kuasa kuda dan 350Nm tork.

7. Enjin turbodisel hanya dipadankan dengan transmisi 6 kelajuan manual Getrag. Ia akan dipadankan dengan pilihan 4×2 dan juga 4×4. Pecutan 0-100km/jam dibuat dalam masa 11.2 saat dan kelajuan maksimanya ialah 177km/jam.

8. Antara kelebihan Landtrek ialah ialah ia menggunakan rekaan papan pemuka yang moden seperti kereta Peugeot yang lain. Anda akan menemui roda steering yang diambil dari model 3008 dan juga unit skrin sesentuh 10 inci daripada model 5008. Mungkin antara rekaan yang paling menarik bagi sebuah pikap.

9. Peugeot juga menawarkan 2 pilihan tempat duduk samaada 5 tempat duduk ataupun 6 tempat duduk dengan 3 penumpang di bahagian depan. Jika kusyen dilipat, bahagian belakang kusyen mampu menampung berat sehingga 100kg. Jika kusyen belakang dilipat, ada 25 liter ruang kargo tambahan dalam kabin.

10. Bergantung pada varian, Landtrek akan dilengkapkan dengan sistem penyaman udara 2 zon, lampu hadapan LED, sistem kamera 360 darjah dengan suapan 4 kamera, Hill Decent Control, 6 beg udara, sistem kawalan kestabilan ESC dan Lane Departure Warning

Tags
Google ads
Back to top button