Motosikal

HONDA BEAT GENERASI TERBARU KINI DI MALAYSIA – RM6,090

Boon Siew Honda dengan rasminya memperkenalkan Honda BeAT generasi terbaru untuk pasaran Malaysia dengan harga jualan rasmi RM6,090. 

Untuk rekod, BeAT generasi terbaru ini merupakan model sama yang debut di negara jiran Indonesia sekitar bulan Jun lalu. 

Generasi terbaru BeAT ini menerima beberapa peningkatan termasuk panel badan yang lebih segar dan ditambah baik dengan lampu nyalaan LED dan poket barangan di bahagian hadapan yang lebih luas. Selain itu, BeAT 2024 ini juga hadir dengan soket pengecas USB serta paparan meter analog dan digital . 

Meskipun begitu, BeAT generasi baharu ini masih lagi mengekalkan enjin satu silinder 109.5cc SOHC yang berupaya menjana 8.7hp pada 7,500rpm dan 9.5Nm pada 5,500rpm. 

Kelebihan BeAT bukan hanya sebagai skuter kompak 110cc yang berkuasa dalam kelasnya malah turut menawarkan perbatuan ekstra apabila hanya menggunakan 1.7L bagi setiap 100km. 

Honda BeAT 2024 ini turut mencapai standard sebagai kenderaan cekap tenaga (EEV) dan menerima pengiktirafan 3-bintang oleh MyMAP ekoran menawarkan sistem CBS (Combined Brake System). Untuk pasaran Malaysia, Honda BeAT hadir dengan empat warna pilihan; Matte Silver, Red, Blue dan Green. 

Google ads
Back to top button